Sunday, April 06, 2008
Hati Ahli Umno Tiada Siapa Yang Tahu

Assalamualaikum.....

Umno semakin parah. Parah yg dicipta oleh pemimpin Umno sendiri. Ahli2 Umno peringkat akar umbi kebanyakkannya menyalahkan kepemimpinan Pak Lah yg lemah sebagai faktor utama kejatuhan merudum PRU 12 tetapi hari ini Pak Lah menyalahkan kembali ahli2 Umno yg telah mensabotaj secara sengaja kepada parti Umno. Istighfar sahaja yg mampu saya lakukan setelah membaca berita ini. Seorang pemimpin yg dikatakan bersih pada awal pemerintahan beliau dan menjadi faktor rakyat terbeban ekoran kenaikan 30 sen harga minyak yg menyebabkan secara tidak langsung kos sara hidup meningkat tetapi hari ini pemimpin yg kita sangka bersih ini bukan sahaja seorang yg keras kepala malahan menimbal balik kesalahan yg ada pada beliau kepada orang lain. Kesannya? Umno semakin parah........

Pak Lah bg statement sebegitu yg kononnya BN mampu mengekalkan Kedah & Perak tetapi bagamana pula negeri2 lain? Hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung Malaysia menunjukkan peratusan majoriti yg berkurangan sama ada di kawasan majoriti Melayu atau bukan Melayu. Di Johor sendiri pun sudah ada 6 kerusi yg dimenangi oleh pembangkang. Pak Lah menyalahkan Tun Mahathir dan Ku Li kerana menghentam beliau tetapi adakah beliau tidak ambik notes apa yg telah diluahkan oleh kedua2 pemimpin ini. Tewas besar Umno di Kelantan bukanlah salah Ku Li kerana Ku Li sebenarnya dipinggirkan oleh pembesar2 Umno Kelantan dan Pak Lah sendiri. Nyatakan apa jawatan Ku Li dlm Umno Kelantan? Jika ada majlis rasmi Umno di Kelantan (Selain Gua Musang), adakah Ku Li dijemput?

Pak Lah tak perlu tuding kepada sesapa. Kalau ahli Umno memangkah pembangkang sekalipun, adakah ini layanan Pak Lah? Tak der perasaan nak ambik hati dan memahami isi hati ahli2 Umno di peringkat akar umbi yg kecewa dgn pimpinan Pak Lah? Kalau situasi ini terus berlanjutan, saya yakin luka Umno bukan sahaja makin parah tetapi bakal kehilangan 'darah' selama-lamanya terutamanya menjelang pemilihan hujung tahun ini. Inilah masanya kita nk pemimpin2 veteran 'menderma darah' kembali bagi menyuntik semangat Umno yg kian lesu dan dijangka makin lesu. Tapi malangya, 'program menderma darah' ini telah dibidas pula akibat sikap ego pemimpin2 Umno sendiri.

Saya yakin, hati ahli2 Umno semakin terluka. Bukan sahaja ahli2 Umno yg telah memangkah pembangkang tetapi ahli2 Umno yg memangkah BN tempoh hari juga semakin panas dgn Pak Lah. Kepada Pak Lah sebagai pemimpin, berusahalah untuk menjernihkan keadaan dan bukannya mengeruhkan keadaan. Tergamak Pak Lah salahkan jutaan ahli Umno hanya disebabkan Khairy. Ahli Umno dan pemimpin veteran Umno menyalahkan Khairy tetapi Pak Lah menyalahkan pula ahli Umno. Eloklah tu Pak Lah, saya harap satu hari empayar Pak Lah pasti berkubur juga.

Wassalam

Posted at 10:23 pm by Faiz Nordin
Ada (3) komen, komen anda?  


Sunday, March 30, 2008
Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?

Maaf sekiranya entry ni menggunakan perkataan yg kurang manis bagi menggambarkan betapa membuaknya perasaan mendesak agar Pak Lah meletak jawatan. Lagipun, kesetiaan kepada Pak Lah tidak termasuk dalam 5 perkara Rukun Negara. So, sebagai rakyat Malaysia, saya berhak meluahkan isi hati saya tentang betapa lemahnya Pak Lah mentadbir negara.

Sebelum tu, saya terfikir, bilerla saya akan stop cerita pasal politik dalam blog ini dan cuber mengulas isu2 selain politik. Saya telah menyediakan review beberapa restoran tetapi masih belum ada mood utk dipostkan dm blog ni since blog ni dah sebati pula dengan politik. Begitu juga dgn topik hiburan yg semakin saya jurangkan dlm penulisan blog saya. Kalau dulu, waktu ni adalah waktu sibuk saya utk mengulas tentang Akademi Fantasia tetapi pada tahun ni, saya kurang mengambil tahu tentang Akademi Fantasia since Aznil meninggalkan rancangan realiti TV popular itu.

Berbalik kepada topik asal, saya merasakan Pak Lah masih selesa di kedudukan goyang beliau sebagai Perdana Menteri. Saya tak pasti apa motif beliau sehingga masih mahu memegang jawatan tersebut sedangkan rakyat termasuk ahli UMNO di peringkat akar umbi mendesak agar beliau meletak jawatan. Satu ingatan saya pada Pak Lah, jgn sampai org UMNO melabel Pak Lah sebagai sejarahwan dalam menghancurkan UMNO. Jgn hanya kepentingan sementara Pak Lah, UMNO akan berkubur buat selama2nya. Kalau beliau sayangkan org Melayu dan UMNO, beliau patut letak jawatan. Berbuih mulut saya dan ahli2 UMNO membuat kenyataan sedemikian tapi Pak Lah masih berdiam diri seolah menjadi OKU yg pekak dan tuli yang tidak menghiraukan pandangan org lain.

Saya melihat pentadbiran Pak Lah dan Tun M bagaikan langit dan bumi. Maaf sekiranya ada suara yg mengatakan kita perlu bagi peluang kpd beliau. Saya dah muak dan jelak dgn statement tersebut. Beri peluang tapi sampai biler? Sampai UMNO berkubur? Atau negara hancur akibat pemerintahan beliau yg sungguh meragukan? Atau adakah sampai zaman yg sepatutnya menjadi batu loncatan ke arah Wawasan 2020 menjadi satu zaman ke belakang? Itu yg Pak Lah mahu? Itu yg org Melayu mahu? Atau adakah itu yg org UMNO yg telah berjuang 50 tahun lepas mahu? Kalau ada yg mengatakan Tun M juga mengamalkan kronisme dan mempunyai krisis politik yg agak teruk sehingga UMNO diharamkan, saya besetuju tetapi bandingkan keadaan ekonomi antara pemerintahan Pak Lah & Tun M? Cuber tanya masyarakat Cina yg semestinya menjadikan ekonomi sebagai perkara penting dalam hidup sama ada mereka selesa atau tidak semasa pemerintahan Tun M. Rata2nya selesa kerana situasi ekonomi yg sungguh ketara dan cukup baik walaupun ada 2 kegawatan ekonomi pada tahun 1987 dan 1998 yg bukan berpunca dari Tun M tetapi berpunca dari pasaran dunia. Tapi apa yg berlaku dalam PRU 12 menunjukkan hampir 80% masyarakat Cina tidak mengundi BN akibat kurang selesa dgn keadaan ekonomi ketika pemerintahan Pak Lah. Rakyat tidak terasa beban ketika zaman Tun M tetapi pada zaman Pak Lah, rakyat terbeban terutamanya selepas kenaikan minyak sebanyak 30 sen. Tu sbb, kalau anda pernah baca entry saya yg membidas tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak 30 sen. Bak kata seorang penulis Utusan Malaysia, gelombang 30 sen telah menjadi gelombang tsunami bagi BN. Yg Pak Lah pikir ialah pelbagai koridor yg tak dapat dirasai oleh rakyat berbanding projek Tun M yg masih ada dirasai oleh rakyat. Sampaikan nk pi semayang kat Masjid Kristal pun kene RM 17. Projek Pak Lah tapi biler rakyat nk guna kene bayar pulak.....

Apa lagi yg Pak Lah mahu? Rakyat sudah bersuara. Ahli UMNO juga sudah bersuara sehingga ada antara mereka yg undi pembangkang. Sultan juga sudah bersuara. Walaupun saya kurang menyenangi sikap Dr Khir Toyo ketika beliau menjadi menteri besar Selangor, tetapi sekurang2nya beliau gentlemen dan responsible sehingga meletakkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor. Tapi Pak Lah, masih selesa dgn jawatan Perdana Menteri yg belum pasti kekal dlm tempoh 4-5 tahun ni. Walaupun ada yg mempersoalkan siapa yg akan menggantikan beliau, itu bagi saya perkara kedua kerana perkara pertama ialah memastikan Pak Lah mengosongkan jawatan beliau. Kalau Pak Lah masih degil mempertahankan jawatannya, saya meminta org UMNO sendiri bersuara pada Perhimpunan Agong UMNO nanti bagi mengajar Pak Lah erti maruah.

Akhirnya, saya meminta maaf sekiranya saya bermosi dlm entry ini. Niat saya cumer satu iaitu bagi memastikan yg Pak Lah bukanlah org yg terlibat dlm terkuburnya UMNO sekiranya BN tewas di peringkat kerajaan persekutuan pada PRU 13 nanti. Tanyala org2 melayu di kampung2 mahupun di bandar2, 75% masih sayangkan UMNO tetapi ada antara mereka termasuk ahli UMNO sendiri memangkah pembangkang ekoran ketidakpuasan hati mereka terhadap Pak Lah. Jadi, apa perlu tunggu lagi. Perkataan "Pantang Berundur" bukanlah frasa perkataan yg sesuai bagi Pak Lah pada keadaan sekarang.

Wassalam

Posted at 02:23 am by Faiz Nordin
Ada (12) komen, komen anda?  


Sunday, March 23, 2008
BN pula menghina istana.....

Setelah DAP dilihat menghina istana Perak apabila mahu memboikot perlantikan Ir Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak sebelum Lim Kit Siang menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf dari pihak Sultan Perak, kali ini giliran Terengganu pula. Akibat pengumuman pejabat Sultan Terengganu yg melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar yg baru menggantikan Dato Seri Idris Jusoh, seramai 23 ADUN BN akan memulaukan majlis angkat sumpah yg dijadualkan esok. Kalau kenyataan DAP mengenai isu Menteri Besar Perak dilihat oleh org Melayu sebagai mencabar ketuanan Melayu, maka apa yg perlu disimpulkan dari isu menteri besar Terengganu? Adakah tindakan 23 ADUN BN yg ingin memulaukan majlis angkat sumpah esok dilihat sebagai mencabar ketuanan Melayu juga?

Kalau isu menteri besar perak, ia mungkin dilihat logik kerana ia melibatkan 2 parti yg memperjuangkan ideologi yg berbeza tetapi isu menteri besar Terengganu pula melibatkan BN semata2 tetapi melibatkan UMNO secara khususnya. Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Di mana taat setia terhadap istana yg perlu disemai terutamanya dari pemimpin parti kerajaan? Adakah hanya memberi sokongan kepada seorang pemimpin, kita patut mengenepikan perintah istana?

Just wait and see esok adakah benar ADUN BN yg lain memulaukan majlis angkat sumpah esok. Kalau benar, ternyata bukan DAP sahaja yg dilihat mencabar ketuanan Melayu tetapi org UMNO sendiri juga yg mencabar ketuanan Melayu.

Wassalam

Posted at 12:18 am by Faiz Nordin
Ada (13) komen, komen anda?  


Tuesday, March 18, 2008
Kabinet baru separa reformasi

Honestly, saya hanya berpuas hati sebanyak 50 peratus mengenai pengumuman kabinet oleh Pak Lah hari ini. Saya berpuas hati apabila Dato Seri Rafidah, Dato Seri Tengku Adnan dan Dato Seri S Samy Vellu tidak ada dlm senarai kabinet walaupun Dato Seri Rafidah dan Dato Seri Tengku Adnan menang kerusi masing2. Saya juga berpuas hati kerana ada golongan professional yg akan berada dlm kabinet iaitu Dato Zaid Ibrahim dan Dato Amirsham. Yang paling saya puas hati apabila nama Khairy Jamaluddin tidak tersenarai dalam barisan kabinet beliau. Apapun, saya masih belum berpuas hati dengan perlantikan kabinet baru yg lain kerana saya sebagai rakyat masih belum melihat prestasi kerja mereka.

Saya tidak berpuas hati apabila Pak Lah melantik Dato Dr Mashitah Ibrahim sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dlm aspek keagamaan kerana saya berasakan Dato' Dr Abdullah Md Zin lebih layak berbanding Dato Mashitah Ibrahim. Saya juga tidak berpuas hati apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah walaupun umum mengetahui bekas Menteri Besar Selangor itu pernah dihadapkan di salah sebuah mahkamah di Australia. Dan yang paling saya tidak puas hati adalah perlantikan Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil sebagai penasihat Perdana Menteri bertaraf menteri berhubung isu pembangunan wanita dan sosial. Saya merasakan jawatan ini adalah jawatan yg membazirkan wang rakyat kerana kementerian yg mengambil berat tentang isu wanita, keluarga dan masyarakat telah dipegang oleh Dato' Dr Ng Yen Yen. Jadi, apa fungsi Dato' Seri Shahrizat sedangkan Dato' Dr Ng Yen Yen adalah org yg bertanggungjawab dlm isu wanita. Pak Lah boleh meminta nasihat dari Dato' Dr Ng Yen Yen sendiri tanpa perlu penglibatan Dato Seri Shahrizat. Ternyata, jawatan ini dianggap jawatan bodoh dalam kabinet Pak Lah walaupun Pak Lah perlu sedar kabinet baru ini mesti memahami aspirasi rakyat dlm usaha BN memujuk hati pengundi yg sedikit terguris.

Selepas pembentukan kabinet ini, tekanan baru Pak Lah seterusnya ialah utk menyelesaikan pergolakan dalam UMNO memandangkan sudah ada suara dlm UMNO yg berkeinginan Pak Lah meletak jawatan. Kalau saya berada di tempat Pak Lah, saya akan meletakkan jawatan secara gentlemen sebelum saya diundurkan secara paksa oleh org lain kerana pengunduran secara paksa terutamanya melalui undi tidak percaya sudah pasti mencalarkan maruah saya. Sekali lagi saya berharap agar Pak Lah dapat meletakkan jawatan demi agama, bangsa & negara. Tolong Pak Lah!. Kalau Pak Lah sayangkan bangsa Melayu, tolong undurkan diri sebelum UMNO hilang dalam memori.

Posted at 09:42 pm by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Wednesday, March 12, 2008
Adakah BN Masih Relevan?

Sungguh hebat cakap2 kedai kopi mengenai election result yg sungguh unpredictable. Ramai yg suker dgn kemenangan ini dan ramai yg risau tentang apa yg berlaku skang kesan dari pilihanraya umum ke 12 ini sepertimana yg berlaku pd pilihanraya tahun 1969. Sepanjang 2-3 hari ini, fikiran saya banyak tertumpu ke arah kesan keputusan pilihanraya ke 12 yg merupakan keputusan yg terburuk bagi BN. Saya memikirkan nasib orang Melayu di Penang. Saya juga memikirkan kuasa rakyat vs kuasa sultan utk negeri Perak & Selangor. Tapi yg penting, saya memikirkan halatuju Barisan Nasional selepas ini.

Saya bersetuju dgn beberapa penganalisis politik yg mengatakan kebanyakkan pengundi2 di Malaysia memangkah pembangkang bukanlah utk mengangkat parti2 pembangkang tetapi adalah utk mengajar dan memberi signal awal tentang kelemahan kerajaan Barisan Nasional. Di Malaysia, parti pembangkang masih tidak bersatu dlm satu ideologi dan manifesto yg sama. Lihatlah contoh ketara antara DAP dan PAS. Anda boleh membezakan antara 2 parti ini dari sudut ideologi. Walaupun mereka berkompromi dari segi pemilihan calon, tapi apabila ada negeri yg telah ditawan oleh mereka, nampak semacam tiada persefahaman. Pas nampak begitu lemput dgn DAP tetapi tidak bagi DAP. Di Kedah, Pas khabarnya akan melantik satu2nya calon DAP yg menang utk menyertai EXCO Negeri Kedah tetapi di Pulau Pinang, perkara sebaliknya pula yg berlaku apabila belum ada jawapan dari DAP sama ada melantik satu2nya calon Pas yg menang utk menyertai EXCO Pulau Pinang atau tidak. Di Perak pula, DAP khabarnya akan memulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak yg akan diwakili wakil dari Pas ekoran tidak bersetuju dgn perlantikan beliau oleh pemangku Raja Perak. Ini dinyatakan sendiri oleh Lim Kit Siang melalui blog beliau. Manakala di Selangor, kedudukan Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan lagi oleh Sultan Selangor walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan bakal menduduki jawatan tersebut.

Sebelum pilihanraya ke 12 ini, BN merupakan sebuah gabungan parti2 politik yg cukup kuat. Kesemua edisi pilihanraya sejak pilihanraya pertama tahun 1955 telah dimenangi oleh BN (dahulu dikenali sebagai Perikatan) dgn kemenangan majoriti 2/3. Hanya pilihanraya edisi ke 12 sahaja, BN memenangi pilihanraya dgn majoriti mudah. Ramai pengundi yg mengundi pembangkang walaupun pakatan pembangkang tidak sekuat BN. Kita perlu mengakui pakatan pembangkang hanya tertumpu kepada kompromi memilih calon bg sesebuah kerusi tetapi apabila kerajaan campuran dibentuk, 3 parti yg terlibat dlm pakatan ini nampak gayanya belum mencapai persefahaman yg mutlak. Saya yakin jika pakatan pembangkang mirip kepada pakatan BN, sudah pasti kedudukan BN akan goyah dan parti yg mirip kepada pakatan BN tersebut akan memenangi parlimen Malaysia bukan sahaja dgn majoriti mudah bahkan majoriti 2/3 juga tidak mustahil.

Ternyata ia sudah nampak kekuatan pada BN itu sendiri tetapi mengapa masih ada pengundi masih menolak BN walaupun pada dasarnya BN merupakan parti politik yg kuat. Ternyata, faktor kepimpinan menjadi isu. Walaupun banyak desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan tetapi Pak Lah masih mahu memegang jawatan perdana menteri sedangkan beliau tahu BN pasti akan berada dalam keadaan bahaya pada pilihanraya akan datang. Saya yakin, jika Pak Lah masih tidak mahu meletakkan jawatan, BN terutamanya UMNO akan lumpuh pada pilihanraya akan datang lebih2 lagi jika pakatan pembangkang akan mirip kepada pakatan BN. Dlm erti kata lain, jika pakatan2 pembangkang menjadi satu parti yg mempunyai ideologi dan manifesto yg sama dan kedudukan kepimpinan negara masih belum berubah, BN akan tersungkur dan susah utk comeback.

BN masih ada peluang utk comeback tetapi peluang tersebut nampak gayanya disia2kan oleh pihak2 tersebut. Org Melayu sukar melupakan UMNO, org Cina sukar melupakan MCA dan begitu juga org India sukar melepaskan MIC tetapi jika pemimpin2 BN terus khayal walaupun dlm keadaan terdesak ini, jgn mustahil satu hari nanti BN akan menjadi satu sejarah dlm kenangan Malaysia. Sumuanya terletak pada ahli BN menerusi parti2 komponennya. Dlm keadaan sekarang, UMNO dan MIC adalah 2 parti komponen BN yg kritikal dan perlukan perubahan. Calon MCA dan Gerakan tewas dlm kebanyakkan kerusi mereka disebabkan oleh sentimen anti BN di kalangan masyarakat Cina. Org UMNO perlu bangun menukar pemimpin atasan mereka jika tidak mahu Melayu dipinggirkan. Saya sarankan agar ahli UMNO bersuara pada pemilihan pimpinan UMNO yg akan dilakukan pada tahun ini dan berani menukar kepimpinan sedia ada. Sayang jika UMNO lenyap begitu sahaja dek kerana pemimpin. Kekalahan BN dlm pilihanraya ini bukanlah salah parti BN itu sendiri tetapi rakyat sudah menilai keberkesanan kepimpinan dlm BN itu sendiri terutamanya pemimpin atasan UMNO.


Posted at 11:35 pm by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Sunday, March 09, 2008
PRU 12: Unpredictable result

Saya akan ulas mengenai kejatuhan teruk BN pada hampir separuh kerusi di Semenanjung Malaysia. Parlimen tempat saya mengundi juga mencatatkan kekalahan pada BN tetapi BN masih menang di kerusi DUN kawasan saya. But, komen awal saya, saya amat terkejut tapi dlm masa yg sama mengakui kepincangan dlm kerajaan BN pimpinan Pak Lah. Saya mencadangkan agar Pak Lah dgn rela hati sepatutnya meletakkan jawatan dan memberikan kepada tokoh lain jika mahu BN tidak merosot dgn lebih teruk pada election akan datang. Lagipun, negeri Pak Lah iaitu Pulau Pinang dah tumbang kepada DAP. Saya akan komen selanjutnya esok kerana mata saya sudah tidak mahu celik lagi.

UPDATE PUKUL 11 AM

Mengejutkan, menyentakan dan membuat saya terfikir apa yg berlaku seterusnya. Nasik sudah menjadi bubur pada BN. Tahun 2004, BN menang besar tapi pada tahun 2008, BN kalah besar. Yg peliknya, pemimpin no 1 BN adalah org yg sama pada 2 election ini. Mana silapnya? Saya yakin anda semua dpt menjawabnya. Pakatan yg diakatakan syok2 sahaja, akhirnya menjadi pakatan yg paling syok bagi pembangkang. Tidak pernah terlintas Selangor dan Perak menjadi negeri yg diperintah pembangkang. Penang & Kedah mungkin dah dapat diagak tetapi Perak & Selangor serta pengurangan majoriti pd hampir kesemua tempat menunjukkan ada something wrong pd BN. Ini adalah kekalahan paling teruk utk BN yg dahulunya Perikatan sejak pilihanraya pertama pada tahun 1955. Dikhabarkan, keputusan pilihanraya kali ini adalah lagi teruk berbanding tahun 1969 yg menyaksikan pertumpahan darah 13 Mei.

Ketika ini, Tun Dr Mahathir sedang membuat sidang media sebagai respon beliau terhadap tsunami yg melanda BN. Saya menunggu pandangan Tun Dr Mahathir mengenai status Pak Lah. Adakah beliau memberi tekanan Pak Lah utk meletakkan jawatan atau tidak. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yg kenal erti sejarah, saya menyarankan agar Pak Lah meletakkan jawatan kerana saya menganggap pemerintahan Pak Lah amat gagal. Kalau dibaca mengenai pandangan saya sebelum ini, saya lebih cenderung kepada pemerintahan pada era Tun Dr Mahathir yg telah melonjakkan ekonomi Malaysia ke satu tahap yg amat berbeza sama sekali. Itulah sebabnya, ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir, BN masih lg selesa walaupun terdapat konflik dalaman BN pada tahun pilihanraya tahun 1990 dan 1999.

Jika dianalisis secara keseluruhan keputusan semalam, nyata pengundi berbangsa Cina dan India menolak BN sama sekali manakala pengundi Melayu masih 50-50 kecuali di Kedah & Kelantan. Saya terkejut dgn kemenangan calon2 DAP. Kebanyakkan calon mereka yg menang mempunyai majoriti lebih 2000. Teresa Kok misalnya berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Seputeh dgn majoriti lebih 36000. Begitu juga dgn Gobind Singh Deo yg memenangi Parlimen Puchong dgn majoriti lebih 12000. Itu belum lg di Pulau Pinang dan beberapa kerusi di Perak. Jeff Ooi juga memenangi parlimen Jelutong dgn majoriti lebih 16000. Saya juga tertarik dgn kemenangan Manoharan dari DAP di Dun Kota Alam Shah. Manoharan ketika ini sedang ditahan mengikut ISA tetapi berjaya menang majoriti lebih 7000. Apa yg pengundi mahu dari calon yg tak boleh berbuat apa2 selagi ditahan mengikut ISA? Saya lihat pengundi mahu membuat undi protes kepada BN itu sendiri dan bukan melihat calon sebagai medium indicator.

Jadi, apa perlu dilakukan sekarang? Saya tidak risau dgn keadaan di Kelantan & Kedah kerana kedua2 negeri ini sudah pun boleh menubuhkan kerajaan setelah PAS mendapat majoriti mudah di Kedah & majoriti 2/3 di Kelantan. Di Pulau Pinang juga, perlantikan ketua menteri juga dapat diputuskan dgn mudah apabila Lim Guan Eng akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang ekoran Pulau Pinang bukanlah negeri yg bersultan. Tetapi di Perak & Selangor ada sedikit masalah yg mungkin timbul kerana kedua2 negeri ini adalah negeri yg mempunyai sultan. Di Perak, gabungan pembangkang telah memenangi 31 kerusi DUN manakala BN hanya 28 kerusi. Ini bermakna gabungan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan. Tapi persoalannya, siapa yg akan menjadi menteri besar. Kalau ikutkan, wakil DAP boleh menjadi menteri besar kerana daripada 31 kerusi DUN yg telah dimenangi pembangkang, DAP mendahului dgn 18 kerusi, PKR 7 dan PAS 6. Begitu juga di Selangor, gabungan pembangkang telah memenangi 36 kerusi DUN. Darpida jumlah tersebut PKR telah mendapat 15 kerusi, DAP 13 dan PAS 8. Sememangnya PKR layak utk melantik wakil mereka menjadi Menteri besar Selangor tetapi org yg disebut2 bakal menjadi menteri besar iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan tidak mahu dilantik sebagai menteri besar sebaliknya menyerahkan kepada DAP. Persoalan sama bagi Perak & Selangor, adakah Sultan bagi kedua2 negeri ini menerima calon bukan melayu sebagai Menteri Besar?

Saya tak boleh bayangkan bagaimana keadaan Selangor selepas ini. Selangor yg merupakan negeri paling maju dan menjadi tempat utama kehadiran pelancong dan pelabur asing melalui jalan laut dan udara telah menjadi negeri pembangkang. Komunikasi antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor amat penting sebelum ini dan adakah kerajaan pusat yg diperintah oleh BN dapat berkomunikasi dgn baik dgn kerajaan Selangor yg diperintah oleh pembangkang. Saya melihat isu kejatuhan secara mendadak di Selangor bukan sahaja disebabkan tampuk kerajaan BN yg dikepalai Pak Lah tetapi peranan bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Toyo juga membantu dlm kejatuhan ini. Khir Toyo dilihat sebagai pencetus kontroversi di Selangor terutama dlm isu kuil.

Secara keseluruhannya, ambillah dari sudut positif dari keputusan election kali ini terutamanya BN. Saya menyarankan agar Pak Lah step down sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri jika mahu menyelamatkan BN. Saya tertarik dgn kenyataan seorang penganalisis politik yg mengatakan, pengundi tidak sanggup memangkah pembangkang tetapi dlm masa yg sama tidak sanggup melihat Malaysia lemah di bawah pentadbiran Pak Lah. Jadi, isyarat sudah nyata, lampu sudah terang disuluh, payung sudah dibuka seluasnya2. Pak Lah seharusnya meletakkan jawatan serta merta dan diberi kepada Dato Seri Najib jika tidak mahu BN dilanda gelombang tsunami kedua pada pilihanraya akan datang. Saya ingin ucapkan selamat datang kepada barisan pembangkang yg telah menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak & Selangor. Walaupun negeri2 ini ditadbir pembangkang tetapi saya yakin ini tak akan mengekang pembangunan utk negeri2 ini. Semoga Malaysia terus aman tanpa ada masalah dlm penggal parlimen yg baru ini.

Wassalam

Posted at 03:38 am by Faiz Nordin
Ada (19) komen, komen anda?  


Friday, March 07, 2008
Selamat Mengundi....

Tinggal kurang 30 minit tempoh berkempen dan kurang 7 jam sebelum peti undi dibuka. Waktu ini kebanyakkan pengundi sudah tahu apa yg mereka akan pangkah. Beberapa kerusi panas bakal menjadi tumpuan esok terutamanya di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis & Pulau Pinang. Selain itu, kerusi Parlimen Keningau (Sabah), Taiping (Perak), DUN Batu Caves (Selangor) dan Parlimen Lembah Pantai (KL).

Selamat mengundi kepada anda terutamanya yg baru pertama kali mengundi mcm saya. Saya akan mengundi utk Parlimen Kuala Langat dan kerusi DUN Morib. Tentunya, saya teruja utk mengundi esok atas dasar tanggungjawab terhadap negara.

Posted at 11:35 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  


Sunday, March 02, 2008
Jom Balik Mengundi!

Tinggal 5 hari lagi menuju ke hari pengundian. Kempen makin rancak dan perang poster makin bercambah di lokasi2 strategik. Kepada mahasiswa yg sudah mendaftar, rancanglah perjalanan anda pada hujung minggu ini utk pulang mengundi. Tak kisah la sama ada kerusi Parlimen & DUN kawasan anda kawasan panas atau kawasan sejuk, lakukanlah hak kita sebagai rakyat Malaysia. Tak guna bercakap pukul canang satu dunia tapi biler hari pengundian, tak nak lakukan hak anda. Ini hak kita sebagai rakyat Malaysia.

Mungkin ada yg rasa pelik kenapa saya terus specific kepada mahasiswa dan tidak kepada semua golongan. Saya lihat mahasiswa terlalu mengambil enteng mengenai pilihanraya. Mereka seolah2 tidak hirau apa yg berlaku ketika musim pilihanraya sehinggakan ada yg membuat kenyataan "politic sucks". Perlu diingat, pilihanraya bukanlah semata2 politik tetapi lebih kepada hak kita sebagai rakyat Malaysia. Kalau anda tak sukerkan politik, tapi anda perlu bertanggungjawab terhadap negara.

Saya hairan mengapa ramai mahasiswa yg berumur lebih 21 tahun tidak mendaftar undi. Honestly, kebanyakkan mahasiswa yg tak daftar undi adalah dari golongan Melayu. Bukan niat saya nak membuat provokasi tetapi kenapa mahasiswa Melayu tak ambil kesempatan utk mengundi sedangkan mahasiswa bangsa lain tidak sabar utk mengundi. Kebanyakan mahasiswa Melayu mengambil mudah isu ini tetapi sibuk berhbur sehingga mengenepikan tanggungjawab yg penting ini. Perlu diingat, satu undi sgt bernilai dan jgn fikir satu undi tidak membawa perubahan apa2.

Saya menulis isu ini kerana tidak mahu org Melayu dipinggirkan satu hari nanti. Ini hak kita utk memilih calon yg berkaliber. Seharusnya, mahasiswa perlu mengambil ilmu yg telah diperoleh utk memilih calon yg berkaliber. Saya menyeru kepada semua mahasiswa tak kira apa bangsa sekalipun utk pulang ke kawasan masing2 utk memilih calon yg diingini. Bagi mereka yg belajar di Semenanjung yg mengundi di Sabah & Sarawak atau sebaliknya mungkin sukar utk menyahut seruan ini tetapi bagi mahasiswa yg belajar dan mengundi di Semenanjung, sahutlah cabaran ini. Bagi yg mungkin kekurangan wang utk pulang, anda boleh menuntut wang tersebut di parti2 politik yg anda sokong. Tuntutan ini boleh dibuat terutamanya di kawasan2 panas yg menyaksikan persaingan sengit antara kerajaan dan pembangkang. Tapi jgn luper sertakan bukti yg anda merupakan pengundi luar.

Akhir sekali, rancang perjalanan anda terutamanya jika kawasan itu jauh. Beli tiket bas seawal mungkin dan tuntutlah biler sampai di kawasan tempat anda mengundi. Jgn puler ada diantara anda biler dah tuntut bayaran perjalanan tapi tidak membuang undi. Itu adalah amanah anda utk membuang undi selepas mendapat duit tersebut.

Posted at 08:46 pm by Faiz Nordin
Ada (4) komen, komen anda?  


Wednesday, February 27, 2008
Kesungguhan Seorang Nenek Menjadi Calon Pilihanraya.......

Honestly, masa tgk Bulletin Utama pada Ahad yg lepas mengenai seorang nenek berusia 89 tahun iaitu Maimun Yusuf yg ingin bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu, saya tergelak besar. Saya tergelak besar kerana kesungguhan nenek ini yg hampir menjangkau umur 90 tahun yg mahu bertanding dgn nama2 besar iaitu Dato Razali Ismail dari BN dan Mat Sabu dari PAS. Perlu diingat, wang pertaruhan bagi kerusi Parlimen ialah RM 10000 dan ini belum lagi termasuk dgn perbelanjaan pilihanraya seperti poster, ceramah dan bahan2 kempen. Pihak SPR pun meletakkan budget sehingga RM 200000 utk perbelanjaan pilihanraya utk satu kerusi. Wang pertaruhan SPR sebanyak RM 10000 tidak akan dipulangkan sekiranya seseorang calon tidak memperoleh 1/8 daripada jumlah yg membuang undi.



Perasaan saya sedikit tersentuh dan sgt pelik selepas dikhabarkan yg Maimun Yusuf ni adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JKM menklasifikasikan Maimun Yusuf ni sebagai golongan miskin tegar. Umur beliau juga sudah menjangkau 89 tahun dan beliau merupakan seorang yg buta huruf. Jadi, apa matlamat utama beliau menjadi calon dan berani menentang calon2 yg lebih berpengaruh? Dalam kenyataan beliau kepada wartawan Malaysiakini, Muda Mohd Noor, beliau mendakwa BN membina bangunan tinggi2 kerana mahu menjual Negeri Terengganu kepada orang luar manakala beliau mendakwa PAS mahu menjual Negeri Terengganu akibat bendera Pas mirip bendera Jepun. Ya, kita boleh bergelak ketawa dengan alasan beliau tetapi saya sendiri tertanya2 kenapa beliau bersungguh2 mahu menjadi calon. Menurut Pengerusi JKKK Panji Alam yg juga jiran terdekat Maimun Yusuf (seperti dilaporkan akhbar Berita Harian 26 Feb 2008), beliau terserempak dgn 3 org lelaki berpakaian kemas 4 hari sebelum hari penamaan calon. Ini membayangkan ada pihak yg mempergunakan Maimun Yusuf utk memecahkan undi.



Dalam apa jua keadaan sekalipun, Maimun Yusuf akan hilang wang pertaruhan sebanyak RM 10000 kecuali beliau berjaya mendapatkan 1/8 daripada jumlah orang yg membuang undi. Pengundi berdaftar bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu ialah 80000 orang dan jika saya mengandaikan peratus keluar mengundi adalah 70%, maka Maimun Yusuf perlu mendapatkan sekurang2nya 7000 undi utk mendapatkan kembali wang pertaruhan RM 10000 daripada SPR. Walaupun saya bergelak pada awalnya tetapi selepas mengetahui jalan hidup beliau, saya bersimpati kepada beliau lebih2 lagi jika beliau hilang wang pertaruhan dan sekiranya beliau dipergunakan oleh pihak tertentu. Walau apapun, kita tunggu sahaja apa keputusan oleh pengundi di Parlimen Kuala Terengganu nanti. Saya tak mengharapkan kemenangan beliau kerana agak janggal seorang nenek berada di Dewan Rakyat tetapi saya mengharapkan agar wang pertaruhan RM 10000 beliau tidak hilang.

Kredit gambar: Malaysiakini

Posted at 05:21 pm by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Monday, February 25, 2008
Analisa PRU 12: Selepas Penamaan Calon

Gelanggang kempen sudah dibuka. Maka, bermula semalam sehingga 8 Mac, kempen akan berada dimana2 sahaja even di pasar malam sekalipun. Honestly, saya takkan berkempen utk mana2 parti tetapi saya mungkin akan dikempen oleh mana2 pihak disebabkan saya juga seorang pengundi berdaftar. Selepas melihat senarai penuh dan rasmi calon2 yg akan bertanding pada pilihanraya yg akan datang, BN telah memenangi 7 kerusi parlimen dan 2 kerusi DUN manakala PAS telah memenangi 1 kerusi DUN di Kelantan secara percuma.

Memang diakui yg BN akan kembali mendapat mandat rakyat terutamanya apabila mereka mendapat 7 kerusi free bagi parlimen. Mereka hanya memerlukan 104 kerusi lagi utk mendapat majoriti dan boleh membentuk kerajaan sendiri dan saya yakin mereka akan mendapat semua kerusi parlimen di Johor, Sarawak (Kecuali Parlimen Kuching) dan Pahang. Melalui 3 negeri ini, BN mampu memenangi sekurang2nya 70 kerusi parlimen bagi 3 negeri ini dan memerlukan hanya 35 kerusi lagi bagi 11 negeri lain termasuk Wilayah Persekutuan. Secara keseluruhan, BN mampu menubuhkan kerajaan Malaysia kembali dgn mudah walaupun bilangan undi popular akan menurun disebabkan pelbagai isu yg timbul.

Tetapi, usaha BN utk merampas kembali Kelantan dari pemerintahan Pas yg telah memerintah Kelantan sejak 18 tahun lepas masih samar. Walaupun UMNO telah mengumumkan Dr Awang Adek akan menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya UMNO dapat memerintah kembali negeri tersebut. Saya melihat trend rakyat Kelantan yg akan mengundi BN di kerusi Parlimen tetapi mereka kebanyakkannya akan mengundi Pas bagi kerusi DUN utk mengekalkan tampuk pemerintahan Pas di Kelantan. Belum pun tarikh pengundian tetapi Pas telah mendapat 1 kerusi DUN kelantan dgn free apabila calon yg telah dipilih oleh UMNO Kelantan didapati tidak layak utk menjadi calon apabila pernah diisytihar muflis. Saya agak pelik kenapa UMNO Kelantan tidak menyelidik calon mereka secara details sebelum menyerahkan kepada Pak Lah. Bagi Pas, ia merupakan perkembangan yg baik utk mengekalkan pemerintahan mereka di Kelantan.

Pilihanraya kali ini juga menampakkan kecendurangan memilih calon dari ahli keluarga sendiri sama ada dari pihak BN mahupun pembangkang. Sekurang2nya 12 kerusi terdiri daripada calon yg mempunyai generasi terdahulu yg pernah menjadi wakil rakyat. Bukanlah ia bermaksud sebelum ini tiada senario sebegini tetapi senario ini semakin banyak termasuk dari kalangan pemimpin pembangkang sendiri. Anak Karpal Singh sendiri juga bertanding seramai 2 orang manakala Lim Guan Eng masih bertanding. Pihak pembangkang juga meletakkan Nurul Izzah iaitu anak Mantan TPM Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim di Lembah Pantai. Bagi pihak BN, anak Tun Mahathir, menantu Pak Lah, menantu Dato' Zakaria dan anak bekas Menteri Kesihatan (Dato Chua Soi Lek) adalah antara calon yg bertanding pada pilihanraya kali ini.

Secara rasminya, gelanggang kempen mengempen telah dibuka dan waktu inilah kita semua sebagai pengundi boleh menilai sebelum memangkah pada kertas pengundian nanti. Selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada Jeff Ooi yg akan bertanding di Parlimen Jelutong mewakili DAP. Jika beliau menang, kredibiliti blog akan semakin berpengaruh memandangkan Jeff Ooi merupakan bloggers paling berpengaruh di Malaysia.


Posted at 06:48 pm by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics