Tuesday, May 09, 2006
Aquaria KLCC

Assalamualaikum...........

Ari ni aku nak citer mengenai Aquaria KLCC. Aquaria KLCC merupakan daya tarikan terbaru utk Kuala Lumpur. Mula2 plan nak gi Aquaria ngan fiza dah lama dah tp asyik tak berkesempatan jer. Kali pertama dan kedua dtg KLCC mmg nak gi tetapi kesilapan aku yg lupa bwk kamera. Huhu. Tapi sempena Har Pekerja ari tu, berkesempatan gak kitaorg berkunjung ke Aquaria. Walaupun beratur hampir 500 meter semata2 nak beli tiket tapi kitaorg rasa seronok giler. Maybe kalau tak ramai, suasana jd tak best. Ramai2 masa ari tu best sbb kita leh nampak keharmonian rakyat Malaysia dgn hiruk pikuk anak2 kecil yg sunguh membuat kami teruja. Huhu.

Mengenai tiket masuk, harga utk dewasa yg mempunyai My Kad ialah RM 28 manakala yg tiada my kad ialah RM 38. Utk kanak2 pula yg mempunyai My Kid ialah RM 22 manakala yg tiada My Kid pula ialah RM 26. Tp among them, ada yg lg murah. Haha. Of course la student. Student just pay RM 20 dgn menunjukkan student id. So, kepada student tu, gunakanlah student card anda di mana2 sahaja eekk. Hehehe.

Pada section pertama Aquaria, aku tak parwah pun sbb section pertama merangkumi spesis amfibia yg bg aku biasa dan terdapat di mana2 sahaja. Waktu tu aku ckp kat fiza, "apa yg best sgt kat Aquaria ni, cam biasa jer?" Huhu. Setelah abis section pertama tersebut, kami masuk ku ruangan spesis laut. Ha!!!!!!! Terkejut badak aku rupanya. Inilah yg menyebabkan Aquaria berbeza dgn underwater world kat Langkawi. Anda boleh lihat, sentuh & rasa. Inilah kelebihan Aquaria. Ada pelbagaia spesis ikan yg aku tak pernah tgk sebelum ni.

Selepas tu, anda boleh menjelajahi dgn memasuki tunnel yg mengimpunkan pelbagai jenis ikan. Aku rasa mcm aku ni sedang menyelam jer masa masuk tunnel ni padahal aku ni takut nak mampus kat laut. Haha. Ikan jerung pun ada kat sini. Juga terdapat pelbagai jenis batu karang. Inilah yg membuatkan aku tabik spring dan membuatkan Aquaria lain drpd yg lain. Lama gakla kitaorg lepak dlm tunnel tu. Asyik sibuk amik gambar dan menggiler.. Dekat setengah jam gak la kitaorg 'menyelam' dlm tunnel tu.


Aku sedang menyelam dlm tunnel tersebut. Hehehe

Lepas itu, kami melihat pertunjukkan bagaiamana ikan diberi makanan oleh kakitangan aquaria. Situasi ni membuatkan aku tak berapa selesa sbb terlalu ramai dan sgt pack. Aku malas nak himpit, then aku terus carik kerusi dan duduk. Hahaha. Senang citer. Lagipun kaki aki mmg lenguh giler setelah hampir 20 jam asyik berdiri jer. Huhu. Lawatan kami berakhir di souvenir shop yg di sediakan di pintu keluar Aquaria. Pelbagaia cenderamata dijual di sini tetapii memandangkan kitaorg tgh nak budget, jd kitaorg lalu di souvenir shop dgn perasaan wat2 tak nampak. Hahaha.


Salah satu tarikan Aquaria iaitu Ikan Jerung

Impression aku mengenai Aquaria ni, Aquaria mmg superb. Walaupun pada section awal, aku rasa cam ntah paper jer Aquaria ni tp biler part ikan tu, aku dpt melupakan section yg awal2 tu. Tahniah kepada Aquaria kerana telah menjadi satu tarikan terbaru Kuala Lumpur. Kepada yg nak pi Aquaria, Aquaria dibuka setiap hari termasuk public holiday dr jam 11 pagi hingga 8 mlm dgn admission terakhir pukul 7 mlm. Boleh konfem yg akan anda ingat setiap memori dlm Aquaria ni.


Suatu memori yg tak dpt dilupakan Aquaria KLCC

 

*Tahniah kepada Mawi kerana memenangi anugerah Favourite Artist Malaysia di MTV Asia Awards 2006 di Siam Aragon, Bangkok. Ni barulah "World" dpt anugerah di luar negara. Tak menang kat AIM pun takper. Apa kelas AIM ngan MTV Asia Awards? Hahaha*


Posted at 10:18 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Thursday, May 04, 2006
Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia

Assalamualaikum........

Apa jd pada Ahli Parlimen kerajaan Barisan Nasional penggal ni? Macam2 hal yg berlaku kat dorang kat parlimen 2 hari ni. Yang dah berlaku sebelum2 ni takyah ckp la especially yg melibatkan usul2 yg tak masuk akal tp apa yg berlaku pd dua hari ni mmg buat rakyat hilang kepercayaan pada kerajaan. Bermula dgn isu Bow-Tie dan hari ni masalah seorang ahli parlimen kerajaan yg 'mengacau' kerja pihak kastam dlm satu operasi. Bukan masalah YB yg terbabit tetapi usul bantahan terhadap tindakan YB tersebut oleh seorang ahli parlimen pembangkang. Usul bantahan tersebut ditentang apabila majoriti parlimen menolak usul tersebut. Masalahnya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Tan Sri Shahrir Samad juga telah mencabar YB yg terbabit dlm tindakan 'mengacau' pihak kastam agar mengaku dlm sidang parlimen. Perkara pelik bukan? Satu usul yg dicadangkan oleh YB Pembangkang yg juga disokong oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan tetapi telah ditentang oleh Ahli Parlimen Kerajaan sendiri!!!

Aku menyokong tindakan Tan Sri Shahrir kerana walaupun usul tersebut dtg dr YB pembangkang tetapi laporan tersebut dtg dr Kastam Diraja Malaysia sendiri. Sedih gakla dgn tindakan beliau yg melepaskan jawatan sebagai pengerusi kelab penyokong kerajaan. Tapi persoalan yg timbul, takkan hanya sbb usul yg dtg dr seorang YB pembangkang, kita perlu menolak kebenaran dan realiti sebenar dlm masyarakat kita?

Ini belum lg citer psl Bow Tie. Psl Bow-Tie pun nak jd isu. Mcm takder isu lain jer dlm negara ni. Adakah Ahli Parlimen dtg ke Dewan Rakyat semata2 nak bergaya agar kelihatan segak? Mereka perlu sedar yg tujuan mereka dtg ke Dewan Rakyat adalah utk membincangkan masalah rakyat dan bukannya utk tujuan Prom Nite ataupun jamuan makan malam. Kadang2 malu gakla aku sebagai rakyat Malaysia dan seorang ahli UMNO apabila Ketua Pembangkang, Lim Kiat Siang yg mengatakan yg beliau boring dgn isu yg dibahaskan di Parlimen. Antara isu mengarut yg dibahaskan di Parlimen sebelum ni adalah seperti filem Sepet, iklan budi bahasa, isu lagu Negaraku yg dinyanyikan Hattan & pembandingan antara M Nasir dgn Sudirman. Adakah isu2 yg dinyatakn di atas adalah lebih penting dr isu2 rakyat miskin, pembalakan & penyelewengan di kalangan kakitangan kerajaan? Sepatutnya mereka patut membincangkan isu jambatan yg menggantikan tambak johor yg menjadi isu hangat sehinggakan bekas PM kita, Tun Dr Mahathir bersuara ataupun masalah sara hidup di kalangan rakyat yg semakin hari semakin meningkat. 

Come on lah YB Kerajaan. Bukaklah minda sikit. Buktikan kepada masyarakat yg anda mempunyai mental yg selayak2nya sebagai ahli parlimen. Takkanla YB Kerajaan nak jadikan Dewan Rakyat seperti kedai kopi yg membincangkan isu2 kosong ataupun menjadikan Dewan Rakyat sebagai medium utk memperagakan kehenseman anda. Ingatlah, Ahli Parlimen merupakan suatu amanah dr penduduk kawasan mereka agar menjadi platform utk membela nasib rakyat. Kalau minda mereka camni, layakkan mereka menjadi wakil kita?

Wassalam

*Teringat seorang menteri besar yg menggunakan bahasa kurang ajar, "go to hell" kepada sekumpulan media. Adakah karisma yg beliau ada layak menjadi seorang menteri besar???*


Posted at 10:18 pm by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Thursday, April 27, 2006
Siti Nurhaliza - Transkripsi

Assalamualaikum.....

Well, ari ni baru jer abis dgr album terbaru Siti Nurhaliza iaitu Transkripsi. Drpd 5 star, aku berika 4 Bintang setengah kepada keseluruhan album ini. Ini kerana banyak pilihan lagu dlm album ini yg layak utk dijadikan killer songs. Album ini juga merupakan album yg mempunyai banyak komposer dr Indonesia seperti Melly, Glenn & Erwin Gutawa. Ini yg menjadikan album ini "lebih hangat dr biasa". :D Berikut adalah review aku utk lagu2 dlm album ini.

 

TANPA DENDAM DI HATI
Lagu : Erwin Gutawa
Lirik   : Habsah Hassan
Aku letakkan lagu ni sebagai ranking pilihan no satu aku dlm album ni. Tahniah Siti kerana buatkan aku menangis dgr lagu ni utk kali PERTAMA!!!. Tak pernah sebelum ni aku menangis dan stop dr buat kerja semata2 nak feel dgr sesuatu lagu utk pertama kali aku dgr. Lagu ni cukup2 masuk dgn suara range Siti dan amat enak2 sgt didengar. Oh my god! Aku tak pernah dgr lagu lain sesedap lagu ni. Ada satu part dlm lagu ni yg cukup membuatkan aku standing ovation sorang2 apabila selepas Siti tarik vokal dgn tinggi selama 10 'harkat' and then disusuli dgn gemersik biola. Huhu. Pastu tetiber baru perasan aku dah tergila biler wat standing ovation sorang2 kat rumah. Hahaha. Btw, this is the song yg paling sedap aku dgr dlm dunia even aku pernah dgr lagu2 antarabangsa. (Ni telinga aku, telinga korang dengar laks tak tau la aku. Huhu)

BIARLAH RAHSIA
Lagu  : Melly Goeslow
Lirik   : Siti Nurhaliza
Akhirnya, lagu ni masuk kedudukan gak. Aku meletakkan lagu ni di ranking kedua pilihan aku walaupun sebelum ni aku pernah tulis yg aku telah jatuh cinta dgn lagu ni kerana lagu Tanpa Dendam Di Hati telah 'merampas' cinta aku terhadap lagu ni. Seperti yg pernah aku komen utk lagu ni, lagu ni mempunyai suatu lirik jujur dan seolah2 sebagai medium utk beliau luahkan apa yg beliau rasa. Ditambah pula dgn melodi yg seolah2 faham dgn luahan hati siti tersebut. So kepada u all di luar sana yg masih lg nak jaga tepi kain Siti, tak reti2 ker? Hahaha.

DESTINASI CINTA
Lagu  : Li Len Zhen
Lirik   : Siti Nurhaliza
lagu Destinasi Cinta membuatkan aku teringat kepada kehebatan lagu "Akan Ku Tunggu" dendangan kumpualn Candy yg popular suatu ketika dahulu. Irama muzik dlm lagu ni sgt catchy dgn suara Siti. Sememangnya lagu ni sesuai dgn range vokal siti. Tidak keterlaluan jika aku katakan lagu ni lebih hebat dr "Seindah Biasa" kerana irama dlm lagu ni sgt rancak sehingga anda rasa nak bangun dan menari bersama2. Paling koman pun just geleng2 kepala.:D

BILA HATI MEMILIH
Lagu : Glen Fredly
Lirik   : Glen Fredly
Seperti lagu Januari ciptaan dan dendangan Glen Fredly, lagu Bila Hati Memilih lebih kepada konsep R&B yg merupakan soul Glen tu sendiri. Ternyata, Siti tidak menghampakan dgn membawkaan lagu ni dgn baik sekali. Kekuatan pada lagu ni terletak pada susunan muzik yg cukup tersusun dan menjadikan flow lagu ni seolah2 berkesinambungan.

HATI BERBISIK
Lagu  : Siti Nurhaliza & Aubrey Suwito
Lirik    : Siti Nurhaliza
Hati berbisik merupakan sebuah lagu yg dicipta oleh Siti Nurhaliza. Juga merupakan balada yg agak killer. Sebuah muzik yg perlahan pada peringkat awal sehingga habis dan mempunyai range & susunan muzik yg sekata. Muzik pada lagu ni juga sedap didengar dan aku tidak kurang juga menyukai lagu ni.

CUBA UNTUK MENGERTI
Lagu  : Tengku Shafeeq
Lirik    : Tengku Shafeeq
Aku tidak mengenali langsung Tengku Shafeeq tp aku pasti yg beliau merupakan komposer dr Indonesia. Lagu beliau merupakan lagu yg slow yg telah digarab dgn style vokal Siti sendiri. Lagu ni mempunyai melodi yg sgt enak didengar. Ditambah pula dgn lenggok vokal siti menjadikan lagu ni tidak kurang hebatnya.

PASTIKAN
Lagu  : Melly Goeslow
Lirik    : Melly Goeslow
Mula2 mendengar pada part2 awal lagu ni, aku dah dpt agak siapa komposernya. Ini kerana melodi utk lagu ni adalah melodi dgn sinonim dgn Melly Goeslow dan atas sbb itulah aku dah dpt teka dr awal siapa komposernya. Cumer di part chorus, melodi tersebut agak lari dgn melodi yg sering Melly Goeslow. Btw, lagu ni taklah terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Lagu yg sederhana dlm melodi dan lirik membuatkan lagu ni tetap mendapat pujian aku.

HIDUP PENUH BICARA
Lagu  : Yassin
Lirik    : Eana Houzama & Yassin
Lagu berirama padang pasir yg telah dicuba oleh Siti Nurhaliza. Jarang kita gdr Siti menyanyikan lagu yg mempunyai irama 100 peratus irama padang pasir. Bg aku Siti telah membawa lagu ni dgn cara beliau sendiri dan melodi lagu ini lari dr konsep melodi Yassin sebelum ni. Melodi padang pasir dlm lagu ni mempunayi banyak elemn tradisional tetapi ditambah dgn susunan muzik yg agak sedikit moden.

BISIKAH
Lagu  : Aubrey Suwito
Lirik    : Teshh RS
Sebuah lagu ciptaan Aubrey Suwito. Aku meletakkan di ranking terakhir lagu2 yg patut dipuji. Apa yg boleh aku ckp mengenai lagu ni ialah lagu ini mempunyai kolobrasi antara R&B dan ballad serta ada sedikit elemen ketimuran dlm lagu ini. Walaupun 3 elemen ini dimasukkan tetapi lagu ni tidaklah tampak bercelaru cumer lagu ni agak sedikit berat utk didengar.

LAGU2 LAIN

SITI SITU SANA SINI
Lagu  : VE
Lirik    : VE

IMPIANKAN NYATA
Lagu  : Abd Rahim Bachik, Rauf & Firdaus Mahmud
Lirik   ; Rauf

INTRIG CINTA
Lagu  : Siti Nurhaliza
Lirik    : Loloq

RUPANYA KITA SERUPA
Lagu  : Cat Farish
Lirik    : Cat Farish

Ternyata, dlm boleh dikatakan semua lagu dalam album Siti yg terbaru ni mempunyai tarikan tersendiri. Mmg konfem tak rugi anda membeli album tersebut. Mana la tau kalau Siti dah kawin nanti, beliau bersara. So ini merupakan produk Siti yg terkahir. Just buat andaiain jer. Huhu. Selamat mendengar!!!

*Oleh sbb skang tgh mood subject Taxation, apa kata Lembaga Hasil Dlm Negeri membuat potongan cukai terhadap lagu ni. Hahaha. KERJA GILER!!!*


 


Posted at 01:29 am by Faiz Nordin
Ada (22) komen, komen anda?  


Tuesday, April 25, 2006
Wajarkah ada filem Sepet & Gubra?

Assalamualaikum WBT...........

Well, tetiber nak ulas & komen pertikaian yg berlaku oleh sesetengah rakyat malaysia ketika ini mengenai filem2 arahan Yasmin Ahmad, Sepet & Gubra. Bermula dr penjelajahan blog ke blog oleh aku disusuli menonton diskusi panas di rancangan fenomena seni di RTM mlm semalam, aku ingiin menyorot pandangan aku sendiri mengenai 2 filem yg hangat dibincangkan. Izinkan aku mengecikkan scope pandangan aku kepada hanya yg berkaitan dgn penerimaan minda kita sebagai rakyat Malaysia. Sorry, aku takkan bincangkan atau debatkan isu agama dlm filem2 tersebut kerana bakal mengundang lebih banyak pertelingkahan dr sudut akidah. Kalau anda semua boleh pk, ada adegan dlm filem2 ini haram berdasarkan ILMU agama anda, maka haram lah. Islam Tidak menghalalkan cara.

Mengenai temubual mlm td, nampak gayanya berat sebelah. Seriusly berat sebelah. Bukan utk menyokong Yasmin seratus peratus tetapi ahli panel pd mlm semalam tidak sesuai. Wartawan Berita Harian, Akmal begitu emosional. Rileksla bang, kita berdiskusi sahaja. Takkan ahli panel lain mencelah sikit, sampai buat muka masam dan langsung tak pandang muka. Seorang lg ahli panel yg kurang sesuai ialah Raja Azmi. Raja Azmi merupakan seorang penggiat filem yg paling menghentam Yasmin dlm sepet. Sepatutnya, RTM menjemput ahli panel yg lebih bersikap terbuka dan mempunyai professionalisme yg tinggi.

Berbalik kepada 2 filem tersebut, aku mempunyai pro and kontra. Nak kata Yasmin terpesong dr landasan perfileman beliau, tidak sama sekali. Kedua2 filem tersebut berlandaskan kepada satu objektif iaitu membuka mata masyarakat kita apa yg berlaku disekeliling kita. Nah, terpulang pd kita sebagai seorang ahli masyarakat sama ada menerima hakikat yg bangsa malaysia (tanak spesifik kaum) telah jauh dr adat resam org timur. Yasmin dikenali pada mulanya dlm pembikinan ikln2 Petronas yg mana kesemua disiarkan jika ada perayaan2 tertentu. Rasanya hampir semua berasa sedih apabila melihat iklan2 Petronas terutamanya apabila tiba hari raya. Kalau diteliti sedalam2nya maksud iklan2 tersebut, kita boleh tau yg Yasmin telah mengadaptasi apa yg berlaku di sekeliling beliau kepada iklan komersial di TV. Itulah objektif Yasmin sebenarnya. Mendedahkan spekulasi dlm masyarakat utk tontonan umum.

Contoh di dalam filem sepet yg mana selepas bersembahyang, Orked telah membuat bender yg tidak sopan bersama Jason. Ramai yg pertikaikan adegan tersebut mengenai kewajaran atau kebenarannya tetapi adakah anda semua boleh confirm pd masyarakat kita yg situasi pd masyarakat tidak sehina adegan tersebut? Terpulang pd individu sendiri sebenarnya. Pd mereka yg terdedah kepada dunia 'open', sudah tentu melihat kebenaran dlm adegan berkenaan. Begitu juga pada Gubra, yg mana seorang bilal tidak memperdulikan atau menasihati jirannya yg bekerja sebagai seorang pelacur. Ramai yg begitu teruja apabila melihat aksi tersebut kerana menganggap keadaan tersebut memalukan institusi keagamaan utk Islam, tetapi adakah anda terpk suatu kes di Melaka yg mana imam sendiri pun pernah ditangkap khalwat dgn janda yg sudah beranak? Nah, terpulang pd anda sama ada Yasmin memperlekehkan kewibawaan instutis beragama atau masyarakat itu sendiri? Kepada anda yg masih lg mempertikaikan adegan bilal & pelacur itu, anda boleh membeli novel arahan A Samad Said, bertajuk Salina. A Samad Said menceritakan pengalam benar beliau dlm Salina. Salina memaparkan seorang wanita melayu beragama Islam yg terpaksa melacurkan diri demi membantu adik beliau yg ingin melanjutkan pelajaran. Kenapa anda tak pertikaikan sedangkan konsepnya sama, masyarakat melayu tidak menghalang aktiviti pelacuran? Jadi, siapa yg bersalah dlm hal ni, adakah Yasmin atau A Samad Said yg menjadi penghebah spekulasi dlm masyarakat atau masyarakat yg menghadapi realiti sebenar???

Tp, jgn kata aku sokong Yasmin seratus peratus. Yasmin ada objektif mengenai spekulasi dlm masyarakat yg perlu dihuraikan di dalam bentuk filem tetapi cara pembawaan objektif tersebut tidak kene pada tempat. Yasmin terlalu 'open' dlm persembahan filem beliau. Seeloknya biar masyarakat faham secara kritis drpd melihat dgn mata mereka sendiri adegan2 tersebut. Adegan2 yg aku maksudkan sperti aksi Harith Iskandar & Ida Nerina yg berasmara di atas katil (filem sepet) dan babak2 cium & peluk yg terlalu banyak dlm filem Gubra. Bg aku, inilah silap Yasmin,  Selain itu, Yasmin banyak memaparkan adegan2 yg takder kene mengena dlm 'misi' beliau menyampaikan objektif. Aku dpt kenal pasti adegan2 tersebut hampir semua di dalam filem Gubra. Adegan2 yg aku maksudkan ialah apabila Bilal mengusap anjing sebelum pergi azan subuh & adegan menampakkan punggung seorang penyakit di hospital. Adegan2 tersebut seolah2 ingin mencipta kontroversi ataupun menampakkan Yasmin terlalu liberal dlm pemikiran beliau. Nak liberal boleh tetapi mesti ada batas2nya.

Secara kesimpulannya, aku nampak yg Yasmin JUJUR dlm objektif beliau yg ingin memberitahu masyarakat yg bangsa kita sudah pincang tetapi SILAP dlm pembawaan dgn memaparkan adegan2 yg tak sepatutnya disiarkan terutamanya dlm Gubra. Terpulang pd anda utk menilai tetapi pandangan2 di atas merupakan pandangan aku sendiri. Jgnlah kita hanya menilai filem2 arahan Yasmin sahaja tetapi nilailah kesemua filem yg berasaskan "Filem Kita Wajah Kita". Lihatlah pemikiran dlm filem2 melayu sebelum ni especially arahan Prof Rzak dan Dato' Yusuf Haslam, adakah cerita seperti itu yg kita mahu???? Kepada Yasmin Ahmad, teruskan dgn ketelusan anda dlm menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui filem tetapi mungkin kene lebih berhati2 dlm adegan2 yg perlu dibuat. Aku lebih suker kalau Yasmin menyampaikan mesej melalui kiasan kerana bangsa Malaysia bukanlah bangsa yg terlalu keras tetapi penuh dgn budi bahasa dan tingkah laku.

Wassalam


Posted at 01:27 am by Faiz Nordin
Ada (14) komen, komen anda?  


Saturday, April 22, 2006
2 manusia yg mempunyai aura!!!!!!!!

well, ari ni again akan bercerita mengenai Norman Noor. Kalau sesapa yg dah bosan nak baca psl si Norman Noor ni, mintak maaf la eek.Bukan sengaja aku memberikan publisisti murahan kepada beliau tetapi sebenarnya hanya org yg pernah dgr kelantangan vokal beliau sahaja yg tidak jemu utk mengikuti perkembangan Norman Noor. Lagipun, aku just citer psl Norman Noor sekiranya beliau ada show sahaja. Kalau takder citer menarik @ aktiviti menarik psl Norman Noor, takkan aku mengada2 nak citer. Hehe.

Btw, ari ni aku memilih tajuk 2 manusia yg mempunyai aura ialah kerana aku nak citer mengenai persembahan Norman Noor di FCM Nite @ Annual Creative Academic Awards yg berlangsung di Hilton Kuala Lumpur pada 19 hb yg lepas & juga dlm masa yg sama aku nak review album Mawi yg terbaru. Selepas memberikan persembahan yg impress di UNITE 2006 sehingga ada yg menggelarkan beliau Michael Buble MMU, Norman Noor terus mendapat kepercayaan utk menjayakan persembahan di FCM Nite. Persembahan  Norman Noor di FCM Nite sedikit berbeza apabila beliau berduet bersama seorang pelajar FCM yg dikenali sebagai Nanie dlm lagu I Want To Spend My Lifetime Loving U yg dipopularkan oleh Marc Anthony & Tina Arena.

Walaupun mereka kurang latihan utk lagu tersebut tetapi mereka memberikan suatu persembahan yg menarik. Tahniah juga diucapkan kepada Norman Noor kerana tidak menghampakan kepercayaan kepada beliau utk memberikan persembahan dlm majlis yg diadakan setahun sekali. Nampak gayanya, rezeki Norman Noor semakin baik dan aku berharap agar rezeki Norman Noor cerah di masa akan dtg. InsyaAllah. Aku percaya yg semakin ramai yg mengagumi bakat beliau terutamanya kepada mereka yg pernah mendengar kelunakan suara beliau. Tak hairanlah, kadang2 masa jalan dgn beliau, ada sahaja mata yg memerhatikan beliau dan membrikan senyuman kepada beliau. Bukanlah ingin mencarik publisiti tetapi sekadar yakin dan percaya kebolehan vokal Norman Noor. Kalau la MMU Awards minggu depan ada anugerah kategori Artis Harapan Pilihan MMU, sudah pasti Norman Noor menjadi salah seorang calonnya. Hahaha. Saja jer gurau2. :D

Aku letakla 2 keping gambar Norman Noor. Kredit diberikan kepada  http://www.amal.com.my atas gambar tersebut. Nak tunggu aizat transfer gambar yg dier amik tp si aizat balik umah la puleekk. Huhu.


Norman Noor dgn aksi 'tarik' vokal


Persembahan Norman Noor dan duet beliau, Nanie


Macam pontianak harum sundal malam versi lelaki. Hehe

 

Daripada bercerita mengenai Norman Noor yg mempunyai aura di MMU, kita bercerita pula mengenai artis yg mempunyai aura pada masyarakat kita iaitu Mawi. Aku just nak review album baru beliau yg memuatkan berzanji, marhaban & alunan irama nasyid. Drpd 5 bintang, aku berikan 4 bintang. Tahniah! Album berkonsepkan sebegini jarang berada di pasaran muzik malaysia. Pemilihan mawi sebagai pengantara adalah bersesuaian sekali utk menarik golongan remaja agar mengetahui budaya marhaban dan berzanji dlm kehidupan kita sebagai umat Islam.

Di dalam album ini, ada 10 track yg mana 3 track drpdnya merupakan koleksi doa2 harian, 2 track utk berzanji, 1 track utk marhaban bersama raihan dan ustaz amal dan 4 lagu nasyid. Mmg benarlah vokal mawi sesuai dgn irama2 sebegini. Harap2 selepas ini, pihak Maestro mengeluarkan CD @ kaset yg merakamkan Mawi membaca alQuran secara taranum (tilawah). Terngin nak dgr Mawi bertilawah. Apapun, usaha murni ini dpt diteruskan di masa akan dtg. Melalui entry ini juga, aku ada uploadkan kat korang track2 dlm album mawi yg terbaru ini. Perlu diingat bukanlah tujuan aku utk menyemarakkan aktiviti memuat turun melalui internet tetapi jika anda betul2 menyokong mawi, anda pasi akan membeli album yg original. U can download just for ur collection dlm ur pc. That's all. Kalau nak dgr kat tempat lain, beli album la yach! Klik link di bawah utk memuat turun:

Album Mawi - Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu

*Seriusly hiba, tersentuh dan sayu apabila mendengar album mawi ini.*


Posted at 01:29 am by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Tuesday, April 18, 2006
Norman Noor @ UNITE 2006

Aku tanak citer apa yg berlaku pada UNITE 2006. Berjaya atau tidak aku tanak masuk campur. Cumer aku hanya nak komen pasal Norman Noor. Sekalung tahniah kepada Norman Noor yg telah membawakan lagu Moondance dgn begitu cemerlang sehinggakan ada yg bagi gelaran "Our Michael Bubble". Ha kau. Siap samakan Norman Noor dgn Michael Bubble lagi. Yg paling tak tahan, Norman Noor yg sebelum ni terkenal dgn sikap pemalu tetapi mlm itu beliau menunjukkan yg Norman Noor telah berada di kelas tersendiri apabila mengajak audience menari dgn beliau. Cayalah Norman Noor. Setelah setahun lebih mengimpikan situasi begini, akhirnya menjadi realiti yg Norman Noor telah menjadi satu ikon baru di MMU. Aku sentiasa akan menyokong Norman Noor dan InsyaAllah akan mengotakan janji aku utk membawa Norman Noor merakamkan album rakaman. Ataupun paling koman, mencarik single utk beliau. Mungkin masa sekarang kurang sesuai memandangkan Norman Noor masih belajar tetapi segala perancangan tersebut akan berlaku setelah Norman Noor abis belajar. InsyaAllah. Walauapapun, tahniah sekali lagi  kepada Norman Noor kerana berjaya 'menghidupkan' UNITE 2006. Berikut ada 3 gambar yg ingin aku selitkan. Sorry tak dpt amik gambar Norman Noor masa nyanyi sbb waktu tu kelam kabut. Sapa yg pi UNITE tau la apa yg aku maksudkan mengenai kelamkabut tu. Kredit diberi kepada Aizat selaku teman Norman Noor pd malam tersebut. Hehehe.


Muka serius masa tgh dandan rambut


Gaya sebelum membuat persembahan


Norman Noor Dan Zippy


Posted at 01:38 am by Faiz Nordin
Ada (8) komen, komen anda?  


Sunday, April 16, 2006
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

# Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...

Klik Untuk Memuat Turun Lagu Ini : Siti Nurhaliza - Biarkah Rahsia

Ni adalah lirik utk lagu terbaru siti nurhaliza. Seriusly aku dah jatuh cinta pada lagu ni. Jarang utk jatuh cinta pada sesebuah lagu. Lagu ni sebuah lagu yg disampaikan dgn ikhlas. Mungkin lirik lagu ni yg seolah2 luahan hati Siti kepada masyarakat yg dok sibuk ckp psl cinta beliau. Tu lah kunci kenapa lagu ni tampak ikhlas dinyanyikan dan begitu feel sekali.

Biler aku dgr lagu ni, meremang bulu roma aku. Suara siti betul2 masuk dgn irama lagu yg dicipta oleh Melly Goeslow ini. For me irama lagu ni terlalu simple tapi boleh menjerat anak telinga kita utk mendengar. Apa pun, lagu ni bakal dimuatkan dlm album terbaru Siti yg akan dipasarkan Jun ni. InsyaAllah.

Kepada mereka yg dok sibuk ckp pasal cinta siti, dgrkanlah lagu ni. Siapa lelaki sejati or prince charming beliau, beliaulah yg tentukan. Even if one day nanti, siti tetap pilih Dato' K, terimalah Dato' K dan jgn sesekali kita memarahi siti sampai berkata mcm2 terhadap Siti akibat pemilihan Dato' K oleh beliau sebagai bakal suami.

Go Siti!!! (tetiber fanatik Siti apahal). Hahaha. Siti tetap gah di bibir rakyat Malaysia tak kira bangsa seperti melekatnya nama P Ramlee, Sudirman & M Nasir.


Posted at 11:42 am by Faiz Nordin
Ada (6) komen, komen anda?  


Wednesday, April 12, 2006
Tetiber jadi malas

Tetiber skang aku jadi malas nak update blog. Don't know why. Kadang2 if aku ada masa free, aku suker tido. Hahaha. Bak kata aizat, "Boleh camtu?". Skang ni aku banyak menghabiskan masa di kampus. Tak banyak spend masa kat  rumah. Kat rumah ni cumer balik tido jer.

Jumaat ni ayah aku wat operation lagi utk mata yg sebelah lagi. So, khamis ni dier kene admit ward. Masalahnya, tiada sapa boleh hanta dier. Kadang2 kesian gak. Khamis ni aku ada 3 appointment, kakak aku laks ada meeting ngan Pengarah Kementerian Kesihatan and abg aku laks ada banyak appointment gak kat office. So, takder sapa yg boleh hantar ayah aku. Tp aku cuber try adjust masa aku khamis ni. Aku harap aku berjaya. Serik aku nak mintak tolong kat org. Ingat nak mintak tolong kat org, lega sikit kerja aku tapi hampeh. Makin berkecamuk dibuatnya.

K lah. Nothing to say. Wait and see for other entry & topics. Maybe aku nak berehat sat kot dr apdet blog. Tunggu biler dah ada mood baru ingat nak update. Sorry sgt2. Kepada member2 aku yg belajar kat IPTA tu, selamat exam.  Kepada Norman Noor, good luck for ur performance jumat ni sempena UNITE 2006 and harap audience UNITE tahun ni enjoy dgr suprise performance dr norman noor. Huhu. Semoga kita berjumpa lagi utk topik yg lebih segar.

Wassalam.


Posted at 01:08 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Saturday, April 01, 2006
Rahsia Bistro Kuala Lumpur

Ari ni aku nak share kat u all pasal Rahsia Bistro Kuala Lumpur. Rahsia Bistro ni merupakan tempat aku ngan fiza sambut annivessary minggu lepas. Mmg restaurant ni boleh membuatkan kita feel romantic. Dgn keadaan dekorasi restaurant yg sungguh mempersonakan dan sangat privasi membuatkan mood romantic itu dtg dengan sendirinya. Rahsia Bistro ni juga merupakan tempat lepak2 artis popular yg inginkan privasi & utk mengelak media membuat gossip kepada mereka.

Rahsia Bistro ni hanya boleh dimuatkan oleh 100 org sahaja dlm satu2 waktu. So, bayangkan betapa privasinya restaurant ni. Mempunyai beberapa tempat utk makan seperti garden, dining hall (ruang makan beraircond), private room (utk group dining) juga patio (ruangan yg sgt2 privasi, & 6 org sahaja makan kat situ). Masa annivessary ari tu, kami memilih patio. Kebetulan laks, waktu tu tiada siapa di Patio tersebut. So, kami makan dgn sgt2 privasi. Ruangan patio ni tidak beraircond tetapi anda dikelilingi garden serta kilauan lampu2 yg menyinari bunga di sekitar patio tersebut. Tiada lampu terang di ruangan makan (hanya di ruangan bunga sahaja) tetapi anda bakal diterangi dgn lilin yg menyemarakkan makan malam anda. Ecece. Ayat power tu. Haha. Kene bayar Rahsia Bistro kat aku ni. Promosi kaw2. haha.

              

Mengenai food kat sana juga tak mengecewakan.Yg paling special ialah Ikan Salmon yag diimport dr Norway dan dilimpahi dgn sos air limau serta disertakan dgn mash potato dan salad. Juga yg special di sini ialah Balinesee Set yg mana set ini merangkumi Ayam Bali, Daging Stew (Sedap giler daging ni), kerepek malinjo dan Nasi Rahsia. Tak ketinggalan ada resipi Ning Baizaura iaitu N.I.N.G set iaitu merangkumi mee yg ning baizura punyer resipi. Semua makanan adalah halal kecuali dinyatakan. Dont worry yg tak halal tu bukan disebabkan daging babi atau binatang yg tak disembelih tetapi ada makanan yg diletakkan wain seperti Tiramisu. Ingat nak makan Tiramisu (teringat Befawan jual Tiramisu kat MMU Melaka) tetapi waiter tu kata tak halal sebab ada wain.

Mengenai lokasi Rahsia Bitsro ni mmg sgt private. Terletak di Jalan Damai. Betul di belakang Hotel Crown Princess dan Emipre Tower. If nak masuk Jalan Damai ni kene masuk dr Jalan Tun Razak. Seriusly nak ckp, ari tu aku pi sana naik kancil, aku malu giler coz kereta2 yg ada kat sana semua kereta import. Huhu. Tapi takper, demi nak naikkan mood romantic setelah penat handle CCIP, kami berdua tutup muka gak la. Haha. Ala beb, if ada org nak bising pun buat apa. Bukan dorang yg bayar utk kitaorg pun. Huhu. Berikut ialah lokasi Rahsia Bistro dan juga contact no utk dihubungi. Selamat Mencuba!

 


Posted at 04:23 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Friday, March 31, 2006
Berkurun tak apdet blog

Assalamualaikum....

Sorry sesangat sbb dah lama giler tak apdet blog. Mmg satu minggu ni agak horror. Dgn examnya, dgn eventnya, dgn assignmentnya. Purata tido aku sehari utk minggu ni ialah 5 jam. U all leh imagine betapa bz aku minggu ni. Yg aku sempat psl apdet blog ni cumer nak tgk bapa org visitors masuk blog aku. Utk blog kali ni, aku just nak wat sedikit ucapan kepada beberapa pihak:

23 Mac 2006
Ari tersebut ialah besday aku ke 21. Mlm tu, rakan2 aku & my baby beli suprise cake utk besday aku. Thanks a lot pd Baby, Man, Qhayum, Faidah, Aizat & Ben. Tak lupa jugak nak ucap thanks pd org tua kita iaitu faezal. Hahaha. Kepada yg wish utk aku, aku ucapkan jutaan terima kasih especially yg wish kat friendster sbb aku tak dpt balas. Nak disenaraikan, takut ada yg termiss laks. Huhu.

25 Mac 2006
Pg tu aku ada exam Corporate Finance. Mmg pening kepala gak la exam ni. Dah la aku tak berapa minat finance. Pastu aku ke Seminar Of Human Hood. Aku malas nak tukar baju dulu sbb aku tgh moody psl exam. Aku hanya tukar baju pun after lunch break. So, ptg tu join la seminar tersebut dan pulang dekat pukul 7. Kesempatan ini, aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada tercacat cela ketika menjadi commitee utk seminar ni. Thanks juga ingin diucapkan atas kerjasama com2 lain especially Dianah & Abg Hadlim.

26 & 27 Mac 2006
Abis satu event, satu event lagi laks dtg. Kali ni ialah CCIP 2006. Aku merupakan Ass Director Of Tradition & Festivities. So, aku kene incharge about Malay. Alhamdullilah. Ramai gak dtg ke booth kami especially masa pertandingan menganyam ketupat dijalankan. Thanks kepada my subcom seperti baby, ellya, ben, dianah, tnie & dll (sorry tak dpt tulis sumer) yg memberi kerjasama. Juga diucapkan kepada Sherman & Gan atas pertolongan mereka. Yg paling penting thanks kepada makcik2 yg aku import khas dr Banting semata2 nak tolong student MMU anyam ketupat. Huhu

27 Mac 2006
Ari ni juga merupakan annivessary setahun Faiz & Fiza mengikat hubungan. Seriusly aku rasa hubungan aku ngan beliau mcm baru jer. Walaupun busy handle CCIP, kitaorg tetap sambut annivessary ni. Mula2nya, aku dah pakat ngan ellya ngan ben. Ingatkan nak wat kejutan nak bg hadiah kat my baby masa jaga booth mlm 27 tu tp semua bz waktu tu. so bg hadiah utk annivessary masa candlelight dinner kat Rahsia Bistro. Highly recommneded restaurant for romantic dining. Hehehe.

Demikianlah td ucapan dr pakcik MMA. Hahaha. Dah mcm apa jer entry kali ni. Mcm konon2 aku dpt anugerah la tu. (terperasan popular laks). By the way, nak bitau kat u all. Penyanyi kegemaran aku, Norman Noor akan mengadakan persembahan di Malam UNITE di Pusat Konvesyen Putrajaya. Beliau akan membuat persembahan bersama Vince, Siarra (Blast Off) & Nabil Mentor. So Norman Noor ni nak dikategori kana apa eekk? Hahaha. Dasyat sungguh prestasi Norman Noor. Tahniah!


Posted at 10:58 pm by Faiz Nordin
Ada (2) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics