Wednesday, July 16, 2008
Penahanan Anwar Satu Malapeta

Assalamualaikum.....

Terus terang saya katakakan yg saya berasa gerun jika Dato Seri Anwar terus ditahan polis. Keadaan ini boleh menyebabkan negara kita menjadi seperti tahun 1998. Demonstrasi sana sini dan seterusnya boleh melumpuhkan ekonomi kita yg sedang parah. Saya mengharapkan agar DSAI hanya ditahan reman selama 24 jam sahaja. Lagipun ujian DNA & soal siasat telah dilakukan. So, saya menyarankan sementara polis membuat further investigation, elok kirenyer agar polis membebaskan DSAI buat sementara waktu agar Kuala Lumpur tidak menjadi medan demonstrasi seperti tahun 1998. Seriusly risau jika keadaan begitu berlaku lagi!

UPDATE 10.30 PAGI 17 JULAI 2008
Dato Seri Anwar telah dibebaskan atas jaminan polis pada jam 9.30 pagi. Beliau akan mengadakan sidang media pada pukul 2 ptg ini. Semoga pembebasan ini boleh mengelakkan demostrasi yg tidak diingini. InsyaAllah

Ya Allah! Selamatkan negaraku Malaysia agar sentiasa aman & harmoni. ~Amin~

Posted at 11:55 pm by Faiz Nordin
Ada (5) komen, komen anda?  


Debat Telah Membuka Minda

Assalamualaikum

Walaupun saya sedikit bz dlm minggu ni, saya masih sempat utk menonton debat antara Dato Seri Anwar Ibrahim dgn Dato Shaberry Cheek walaupun hanya menonton di kedai makan sewaktu saya di Perak. Saya dapat menonton secara keseluruhan program yg saya tabik spring especially kepada penganjur iaitu Agenda Daily.

Pertama saya gelak sbb ada bunyi loceng. Seriusly saya teringat kenangan saya menyertai pertandingan Bahas ala Parlimen masa kat sekolah Menengah & Alpha year kat MMU. Sebenarnya Dato Shaberry Cheek mengambil risiko yg sgt tinggi apabila memberi persetujuan utk berdebat mengenai minyak. Ia bukan masalah Dato Seri Anwar tetapi apabila kita bercakap mengenai isu minyak dgn sesiapa sahaja, ia ternyata tidak akan menyebelahi pihak kerajaan. Banyak bender yg boleh diargue especially dgn status negara kita sebagai negara pengeluar minyak (walaupun bukan yg utama). Tun Dr Mahathir juga tidak bersetuju dgn tindakan Pak Lah menaikkan harga minyak dgn setinggi 78 sen ini. Kenaikan harga minyak ini lebih kepada kegagalan Pak Lah dlm menerajui negara.

Saya setuju dgn pandangan Dato Seri Anwar dalam isu minyak ini. Tetapi penurunan sebanyak 50 sen menjadi RM2.20 seliter juga tidak dapat mengekalkan harga lama iaitu RM1.92. Ini bermakna ada juga kenaikan sebanyak 28 sen dari harga lama. Ini pun sudah memadai utk warga Malaysia daripada membayar hampir RM 3 seliter utk petrol.

Tetapi yg menariknya mengenai program debat ini ialah ia dapat mencelikkan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yg selama ini tidak suker bercakap mengenai politik utk melihat sebuah debat politik yg berteraskan kebaikan negara. Semasa saya menonton program ini di kedai makan, saya melihat anak2 muda khusyuk menonton & mendengar hujah dari kedua2 pihak. Ini satu perkembangan yg menarik agar generasi muda lebih peka dlm persekitaran politik & isu2 semasa.

Walauapapun, saya ingin ucapkan tahniah kepada kedua2 pihak iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim & Dato Shaberry Cheek kerana sudi berdebat dlm isu minyak ini. Ini adalah satu platform terbaik daripada menganjurkan demonstrasi jalanan. Debat inilah yg akan membuka mata pengundi kerana masejnya sgt jelas & terus ke minda pengundi. Saya harap Agenda Daily atau pihak2 lain dapat menganjur debat dlm isu2 yg lain demi kebaikan rakyat Malaysia.

Wassalam

Posted at 02:39 am by Faiz Nordin
Tulis Komen Anda Di Sini  


Monday, July 14, 2008
Cinta Terhalang Version Bob AF2

Nk stop for a while psl politik even keadaan politik makin bergelora. It doesnt mean that I still kecil hati with person who serang my personal but dah rasa fed up dgn keadaan politik yg tak menentu. Btw, I happy coz Pak Lah will resign even I tak suker dier main suker2 jer tunjuk Najib. At least Pak Lah will no more our PM. Hope to see UMNO will ok for next election. Hahaha. Terkomen gak psl politik. Hehehe.

Btw, td dgr kat Hot Fm sebuah lagu yg telah menaikkan my bulu roma and bulu2 lain. Opss. To Bob AF2, I cant imagine ur voice boleh selunak u nyanyikan Cinta Terhalang. Really impress and so far I rasa suara paling sedap yg bob pernah nyanyikan after lagu Pengalaman Cinta. Even lagu Cinta Terhalang ni same with lagu Stacy masa Stacy nyanyi kat Konsert 4, but sorry vokal Stacy & Bob bagaikan langit & bumi. Bukan bermaksud utk mengecilkan bakat Stacy (vokal Stacy pun ok gak) but vokal Bob really unexpected.

Biler dgr suara Bob, tetiber teringat lama tak hang out ngan Bob. Terus sms Bob and said suara Bob sgt sgt sgt sedap. Tak sabar nk tunggu Ikon Malaysia yg mana Bob pun participate gak. To all Malaysian, plzz accept bob for our penyanyi berbakat. Sayangla kalau bakat seperti Bob dipandang enteng hanya sbb physical dier. Come on guys, bakat is really important to be a singer and I think Bob deserve to be a great singer.

Actually, I got a song that mix with Stacy version & Bob version. I want to find a full of Bob version but still not get yet. However, for temporary, this mix version pun ok gak la. Feel free to downlad from the link below. Good luck Bob!


Posted at 11:24 pm by Faiz Nordin
Ada (7) komen, komen anda?  


Friday, July 11, 2008
Kene penangan sampah blog

Assalamualaikum.....

Sudah lama saya tak berjumpa dgn sampah blog. Kali pertama terjadi semasa saya mengulas mengenai ABP yg mana sampah pada waktu itu mengutuk artis2 Malaysia dgn perkataan yg kurang sopan. Kali ni berlaku lagi yg mana ia lebih teruk kerana melibatkan diri saya. Sungguh terkejut apabila org itu memberi komen yg saya ni sudah berubah la, kawan dgn bohsia la and mendakwa saya tak tau menjaga batas dgn Fiza. Saya tahu apa yg saya sedang lakukan dan saya tidak sekali2 tergamak utk memalukan org tua saya.

Sekali lagi diingatkan, sila beri komen secara profesional tanpa menghina org lain. Saya tau kita semua akan bercanggah pendapat tapi argue secara berhemah. Saya merupakan seorang yg berfikiran terbuka dan bersedia menerima pandangan org lain tentang sesuatu isu. Jika mengenai politik, saya bebas melontarkan pandangan saya kepada sesiapa termasuk kepada pemimpin UMNO iaitu parti yg saya cintai.

Saya menghargai kesudian anda membaca blog ini dan berterima kasih kepada mereka yg sering memberi komen dlm blog saya seperti Katakrabun, Makcik9701, PMygCOOL, Mr X, Wanny, biskut merry & lain2. Kepada yg tidak berfikiran terbuka dgn pandangan saya, anda tidak digalakkan utk membaca dan sila keluar dari blog saya sebelum menghentam peribadi saya.

Posted at 01:27 am by Faiz Nordin
Ada (17) komen, komen anda?  


Monday, July 07, 2008
Protes lebih teruk dari Jom Heboh

Assalamualaikum.....

Saya begitu teruja utk menulis mengenai perhimpunan PROTES yg diadakan di Stadium Kelana Jaya semalam. Sebenarnya, saya tak sangka perhimpunan ini ada menampilkan artis2 underground yg saya sendiri tak pernah dengar. Aksi memperlihatkan punggung disamping dihiburkan dengan muzik rock ganas membuatkan saya terfikir apa perasaan yg ada pada ustaz & ustazah dari Parti PAS. Tidak keterlaluan jika saya katakan Konsert JOM Heboh lebih berdisplin dari persembahan2 muzik di perhimpunan PROTES. Bagaimanakan perkara sedemikian boleh berlaku sedangkan PAS yg merupakan salah seorang penganjur perhimpunan ini sebelum ini menghentam habis-habisan konsert2 hiburan sebegini. Alih2 dlm perhimpunan yg dianjurkan bersama oleh mereka, penonton dihidangkan dengan aksi memperlihatkan punggung yg lebih teruk dari aksi bukak baju Faizal Tahir.


Kalah aksi Faizal Tahir. Amar Makruf Nahi Mungkar

Kemana Dewan Ulamak PAS? Saya ternanti2 kenyataan rasmi dari mereka terutamanya dari Dewan Ulamak PAS. Menurut Malaysiakini, seramai 700 org dari Unit Amal PAS menarik diri seawal pukul 3 petang lagi ekoran persembahan muzik underground ini bermula dari jam 2.30 ptg. Ini telah disahkan oleh Ketua Amal Pas Wilayah Persekutuan, Sharifudin Mohd Yatim kepada Malaysiakini. Saya sanjungi kenyataan dibuat oleh beliau dan tindakan menarik diri sesuatu yg amat dipuji kerana mereka masih berpegang pada perjuangan PAS. Tetapi bagaimana pula dengan pimpinan tertinggi PAS dan juga pemimpin Melayu dari PKR? Jgn jd hipokrit dlm isu ini kerana persembahan tersebut benar2 terkeluar dari landasan budaya & adat kita sebagai org Melayu.


Ni lah dier org yg tunjuk punggung. Nama dier Alak. Beliau merupakan salah seorang artis yg membuat persembahan di perhimpunan anjuran bersama PAS

Saya secara peribadi juga dari awal lagi tidak bersetuju dgn kenaikan harga minyak tetapi saya rasa perhimpunan PROTES bukanlah satu cara yg berkesan. Saya lihat perhimpunan PROTES lebih kepada karnival ala Jom Heboh tapi mungkin boleh dikatakan Jom Heboh version Pakatan Rakyat. Target sejuta org nampaknya jauh tersasar kerana kurang 100 ribu pengunjung yg hadir. Saya lebih merasakan perhimpunan BERSIH lebih berjaya dari perhimpunan PROTES ini.

Saya menunggu kenyataan rasmi dari pihak PAS dlm isu ini. Saya juga belum mengetahui sama ada Mas Idayu & Ella berjaya membuat persembahan di Stadium Shah Alam atau tidak pada perlawanan antara Selangor & Singapura malam td. Jika berjaya, ia satu lagi tamparan buat PAS kerana setahu saya Sultan Selangor yg menganjurkan perlawanan bola sepak malam td. Bukan niat saya utk mempertikaikan kredibiliti PAS tetapi saya bercakap sebegini agar tidak mahu pemimpin PAS lari dari perjuangan asal. Perlu ingat perjuangan PAS adalah berbentuk Islam dan saya tidak mahu perjuangan ini bakal menjadi lawak jenaka bangsa & agama lain.

Wallahuaklam

*Tahniah Datuk Shaberry Chek yg gentlemen nk debate ngan Dato Seri Anwar Ibrahim. Tak sabar nk tgk debate tersebut*

Posted at 02:25 pm by Faiz Nordin
Ada (20) komen, komen anda?  


Friday, July 04, 2008
Minta Rakyat Malaysia Bertenang

Saya semakin risau dgn keadaan politik Malaysia sejak kebelakangan ini. Ekonomi pun boleh merudum jika keadaan ini berterusan. Dah la ada 2 akuan sumpah yg berbeza dari org yg sama. Apa kejadahnya ini semua? Aku serius marah biler akuan sumpah dipermainkan. Tak kisah la tertekan ker dipaksa ker tapi buatlah akuan sumpah kerana benar. Skang yg dah tentu salah adalah Balasubramaniam kerana 2 kenyataannya berza sama sekali. Akuan sumpah beliau yg pertama bagai nak rak hentam Najib tapi biler sampai akuan sumpah yg kedua, beliau menafikannya pula. Antara Najib yg buat konspirasi atau Anwar yg buat konsprasi atau kedua2nya sekali masih menjadi tanda tanya. Jadi adalah amat tidak elok apabila sesuatu kenyataan yg berat sebelah diberikan.

Saya bercakap utk pihak penyokong Anwar yg mati2 mempertahankan Anwar seolah Anwar ni maksum dan juga bagi yg anti Anwar yg mengatakan yg Anwar dgn pelbagai perkataan termasuk kaki gay & giler kuasa. Saya minta anda semua diam dari mengeluarkan kenyataan2 ini. Anwar manusia biasa yg mungkin tidak lari dari kesilapan. Bukan kita yg layak utk menafikan apa yg Anwar buat mahupun utk menghukum beliau sedangkan ini semua di bawah kuasa Allah. Jgn kita terlalu ekstrim sehingga membelakangi kuasa Allah. Jadi, saya minta semua pihak diam dan menunggu apa yg berlaku. Ingat, Allah tu maha Adil dan semua yg berlaku pasti ada hikmah. Percayalah pada Allah. Banyakkan doa dan buatlah solat hajat agar masalah ini tidak berpanjangan agar kita mengetahui pihak mana yg benar & pihak mana yg salah. So, stop bg kenyataan yg provokasi kerana jika tanggapan anda salah, anda juga boleh dikategorikan sebagai subahat. Anda mahu?

Walaubagaimanapun, saya setuju dgn nasihat Mufti Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin agar kedua2 pihak iaitu Anwar dan Saiful Bahri ini melakukan Muhabalah atau bersumpah. Perlu diingat, muhabalah ni tak sama dgn akuan sumpah yg si Balasubramaniam buat. Ini sumpah kepada Allah. Cara lafaznya adalah seperti ini:
"Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."

Walaupun Dr Asri ini pernah digelar bapak setan oleh MPT Parti Keadilan, Dr Badrul Amin, tapi saya amat setuju dgn nasihat ini. Saya sarankan agar JAKIM menjadi org tengah dan upacara sumpah ini dilakukan di Masjid Negara sambil memegang al-Quran. Ini bukan sumpah main2 tapi sumpah ini berlaknat. So, kepada penyokong kuat Dato Seri Anwar, sampaikan nasihat ini kepada beliau dan jika beliau yakin yg beliau tidak bersalah, lakukan sumpah ini demi kesejahteraan Malaysia. Begitu juga kepada Saudari Janna Mohd Zaki iaitu tunang kepada Saiful Bahri agar menyuruh Saiful Bahri melakukan sumpah ini jika benar Anwar meliwat beliau agar maruah Saiful & tunang beliau dpt dibersihkan dari kecaman hebat penyokong Anwar.

To Dato Seri Anwar Ibrahim mahupun Saiful Bahri, ada berani?

Posted at 10:01 pm by Faiz Nordin
Ada (10) komen, komen anda?  


Sunday, June 29, 2008
Konspirasi atau realiti?

Assalamualikum........

Saya biarkan pertanyaan ini dijawab sendiri oleh anda sama ada tuduhan liwat oleh pembantu Dato Seri Anwar iaitu Saidul Buhari Azlan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim ini merupakan sebuah konspirasi atau realiti. Jika ia merupakan konspirasi, maka saya akan lihat konspirasi ini bakal tidak berjaya kerana gambar2 di bawah sudah cukup jelas akan menafikan konspirasi ini. Jikalau ini realiti? Saya sudah tidak mampu memberikan pandangan mengenainya.

Keadaan politik Malaysia bertambah genting. Khabarnya, DSAI sedang bersembunyi. Isteri beliau, Datin Seri Wan Azizah menegaskan bahawa nyawa DSAI dalam bahaya dan tindakan menyembunyikan beliau adalah cara yg terbaik buat masa sekarang. Anwar mungkin tidak lepas dari sekatan imigresen jika mahu bersembunyi ke luar negara. Jadi, khabarnya DSAI sedang bersembunyi di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur bagi melindungi beliau. Mungkin, jika ada berlaku tangkapan, Kerajaan Turki mungkin melindungi beliau. Keadaan ini mungkin boleh mengakibatkan keadaan politik yg lebih parah dari keadaan 1998. Tahun 1998, media alternatif tidak tumbuh seperti sekarang dan waktu itu hanya kaum Melayu yg bangkit memperjuangkan DSAI tetapi jika keadaan ni berterusan, media alternatif mungkin menjadi kubu yg kuat utk mempertahankan DSAI dan lebih ramai rakyat Malaysia dari pelbagai kaum akan mempertahankan DSAI ekoran tsunami politik 8 Mac.

Kepada rakyat Malaysia, bersedialah utk menghadapi satu lagi situasi politik yg lebih getir dalam minggu2 mendatang. Terus terang, tuduhan ini mengingatkan saya kepada perjuangan org Melayu yg bereformasi especially selepas solat Jumaat di sekitar Masjid Negara & Kg Baru. Saya mengharapkan kebenaran akan muncul dengan izin Allah S.W.T. Oleh itu, marilah kita sama2 berdoa agar Allah S.W.T menunjukkan kebenaran yg sebenar sama ada ia satu konspirasi atau realiti.

Wassalam


Saiful Bahari bersama Khairul Annas Jusoh yg merupakan Pegawai Khas Dato Seri Najib. Berdasarkan gambar ini, ia diambil di Pejabat Timbalan Perdana Menteri

Kredit gambar & link utk anda mengetahui siapakah Saiful Bahari ini:
Riwayat Hayat: Selamat Maju Jaya, Saiful

Posted at 05:52 pm by Faiz Nordin
Ada (26) komen, komen anda?  


Sunday, June 22, 2008
Politik Malaysia yg Bergelora

Assalamualaikum......

Kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) & Tengku Razaleigh Hamzah yg mengatakan ada parti komponen BN yg akan lompat parti hujung bulan ini muler menampakkan kebenaran. SAPP adalah salah satu dari 14 parti komponen BN telah membuat pengumuman yg mereka telah hilang kepercayaan kepada Pak Lah dan 2 MP mereka akan membuat usul undi tak percaya kepada Pak Lah. Terus terang saya katakan, saya bersetuju & gembira dgn pengumuman ini memandangkan betapa lemahnya pentadbiran Pak Lah. Bukan sahaja saya sorang yg memperakuinya tetapi ramai lagi di luar sana yg mengatakan bender yg sama sehinggakan tercetusnya tsunami politik pada pilihanraya yg lepas.

Saya pernah menyarankan undi tidak percaya terhadap Pak Lah ini dilakukan oleh Ahli Parlimen selepas kerajaan peribadi milik Pak Lah menaikkan secara mendadak harga petrol & diesel. Hari ini, Pak Lah sendiri sudah tahu siapa yg akan membawa usul ini dan ironinya, usul ini dibawa oleh MP BN yg merupakan parti Pak Lah sendiri. Tetapi saya hairan, dlm keadaan sebegini, Pak Lah masih tidak mahu melepaskan jawatan beliau sebagai PM. Pak Lah patut meletakkan jawatan dlm keadaan sekarang bg mengelak kecelaruan politik Malaysia bertambah teruk dan boleh menganggu keharmonian Malaysia. Pak Lah tidak sepatutnya mengikut jejak Perdana Menteri Thailand, Samak yg masih tidak mahu meletakkan jawatan walaupun ada usul undi tidak percaya dilakukan. Lihatlah senario politik di Thailand, adakah Pak Lah mahu ianya terjadi di Malaysia sekiranya usul ini berjaya dibawa ke Parlimen?

Saya sebagai rakyat Malaysia akan menanti dgn penuh debar usul undi tidak percaya ini dibawa ke Parlimen. Implikasinya mungkin merisaukan kita. Darurat misalnya mungkin boleh diistiharkan jika Pak Lah tewas dlm usul undi tidak percaya ini. Lebih2 lagi jika Pak Lah masih tidak mahu meletakkan jawatan walaupun usul itu tidak berpihak kepada beliau. Ini sudah pasti membuatkan negara berada dlm keadaan politik yg tidak stabil dan menyebabkan ekonomi kita jatuh merudum. Walaubagaimanapun, usul undi tidak percaya ini tidak akan memberi apa2 kesan kepada kerajaan BN tetapi memberi kesan kepada Pak Lah sahaja sekiranya tiada MP BN yg lompat parti kepada PR. Jika perlakuan lompat parti diteruskan, kemungkinan besar satu pilihanraya mengejut akan berlaku ekoran pembubaran parlimen yg akan dilakukan oleh kerajaan BN. Ini pastinya akan memberi kelebihan kepada PR memandangkan tindakan kerajaan yg tidak bijak dlm kegawatan harga minyak & barangan.


PAKATAN RAKYAT JUGA TIDAK BERSATU


Saya melihat satu senario yg menarik apabila Pas telah bersuara mengenai perjuangan asal mereka. Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ust Azman Shapawi Abd Rani, Pas akan membawa sistem syariah Islam dlm negeri2 yg dikuasai PR. Saya amat berpuas hati dgn kenyataan ini kerana Pas tidak luper perjuangan asal Pas tetapi saya menjadi musykil ialah adakah DAP boleh berkompromi memandangkan Presiden DAP pernah mengeluarkan kenyataan langkah mayat beliau dahulu sebelum menubuhkan Negara Islam?

Yg keduanya, bantahan Dewan Pemuda Pas Selangor mengenai konsert Ella & Mas Idayu juga menampakkan PR sebenarnya masih belum bersatu. Saya memahami mengapa Dewan Pemuda Pas membantah konsert tersebut. Ini berdasarkan perjuangan Pas yg tidak akan berkompromi dgn program2 hiburan seperti ini tetapi kenapa parti2 sekutu dlm PR tidak sehala dlm perjuangan Pas. Tan Sri Khalid sepatutnya lebih sensitif dlm isu ini. Mungkin beliau boleh membantah konsert ini sebelum Dewan Pemuda Pas membantahnya kerana Tan Sri Khalid pasti tahu Pas pastinya akan membantah program sebegini. Jadinya yg berlaku, Sultan Selangor pula yg murka ekoran bantahan Pas sehingga mahu bertemu dgn Dewan Pemuda Pas Selangor. Semestinya, saya juga mahu menantikan kemelut ini.

Ketiganya, tindakan salah seorang ADUN DAP dari Johor yg tidak memakai songkok dlm perasmian sidang DUN Johor juga menampakkan ada yg tidak kene pada PR. Niat ADUN ini yg tidak mahu memakai songkok ini telah diketahui beberapa hari sebelum perasmian sidang DUN Johor. Seharusnya pemimpin2 PR yg berbangsa Melayu menasihati ADUN ini agar mematuhi kod etika pemakaian sidang DUN Johor. Perlu diingat, Sultan Johor merupakan seorang sultan yg tegas dan tindakan ADUN DAP ini diibaratkan seperti menjolok pokok yg ada sarang kerengga. Saya juga menanti apakah tindakan Sultan Johor yg begitu murka dlm isu ini.


SENARIO POLITIK MALAYSIA YG SEMAKIN BERGOLAK

Saya sebenarnya secara peribadi risau dgn keadaan politik di Malaysia ketika ini. Ia boleh menjadikan negara kacau bilau. Saya sangkakan Pak Lah akan meletakkan jawatan setelah ada kemungkinan undi tidak percaya ini tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku. Apa yg saya harapkan kini ialah usul undi tidak percaya ini diteruskan dan disokong bukan sahaja dari kalangan MP PR tetapi MP BN bagi menjatuhkan kuasa Pak Lah. Selepas itu pemilihan PM yg baru akan dilantik dan kemungkinan Dato Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan negara. Apapun org nak kata psl Najib, saya tolak tepi buat sementara kerana isu yg melanda Najib lebih kepada isu peribadi tetapi Pak Lah merupakan isu nasional dek kerana kelemahan pentadbiran beliau. Sama2 kita doakan agar Malaysia dilimpahi rahmat seperti sebelum2nya.


*Dgr citer staff2 kat Petronas risau jika Dato Seri Anwar jd PM sbb bonus mereka tergugat ekoran Anwar akan gunakan untung Petronas utk turunkan harga minyak. Huhu*

Posted at 10:04 pm by Faiz Nordin
Ada (1) komen, komen anda?  


Sunday, June 15, 2008
090608 - Angka Yg Paling Diingati

9 June 2008 merupakan hari yg mungkin saya takkan luperkan dlm hidup saya. Dua perkara penting dlm kamus hidup saya berlaku pada hari ini. Keputusan exam semester akhir saya di MMU yg mengesahkan saya akan berkonvo telah berlaku pada hari yg sama dgn kematian datuk saya. Sungguh kelam kelibut saya pada tarikh itu. Datuk saya meninggal jam 8.30 pagi sewaktu saya menuju ke Cheras utk sesi temuduga di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Atas nasihat abg saya, saya proceed utk menghadiri sessi temuduga tersebut kerana mengikut abg saya bukan senang nk grab peluang temuduga. Selepas selesai temuduga, saya terus shoot ke Pulau Pinang utk menghadiri upacara pengebumian arwah datuk saya yg telah meninggal di Pulau Pinang. Alhamdullilah, saya sempat utk mengucup arwah datuk saya buat kali terakhir dan berpeluang menyembahyangkan beliau serta mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan. Arwah datuk saya meninggal akibat sakit tua. Beliau meninggal di kala umur beliau 89 tahun. Arwah datuk saya bersama2 ayah saya adalah pendorong utk saya menyambung pengajian dlm bidang agama. Saya terkilan kerana hajat ayah & arwah datuk utk saya mempelopori Bahasa Arab dan menjadi ustaz tidak kesampaian. Utk makluman, saya pernah ditawarkan utk mengikuti pengajian sekolah menengah di salah sebuah sekolah agama di Kuala Langat tetapi saya menolak dgn atas alasan tidak mampu utk membawanya. Saya mengambil matapelajaran Bahasa Arab di peringkat PMR walaupun saya ketika itu hanya bersekolah di sekolah biasa. Waktu inilah, saya banyak meminjam buku2 arwah datuk saya yg berkaitan dgn Bahasa Arab. Waktu ini juga ayah saya meletakkan harapan kepada saya utk menyambung pengajian di peringkat agama di Kolej Islam Klang. Saya sungguh terkilan saya tidak dpt memenuhi hajat tersebut akibat keputusan PMR yg tidak memuaskan.

Dalam perjalanan dari Masjid USM ke Tanah Perkuburan Sg Nibong, saya telah dihubungi oleh Fiza yg mengatakan saya telah lulus peperiksaan akhir saya di MMU. Syukur saya kepada Allah kerana memberikan saya peluang utk saya menghadiahkan ijazah kepada parents saya. Saya terus memeluk ibu dan ayah saya yg ketika itu, kami bertiga masih bersedih atas kematian datuk saya. Perasaan saya ketika itu bercampur baur antara gembira atas kejayaan saya menghabiskan pengajian di MMU dgn perasaan sedih atas kematian datuk saya. Yg paling penting, saya bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah berikan kepada saya.

Ramai yg tidak mengetahui kenapa begitu signifikasinya perasaan saya apabila diberitahu yg saya telah menghabiskan pengajian di MMU. Jika ibu dan ayah saya mempercayai kata doktor, saya mungkin tidak berpeluang utk merasai utk mendapat segulung ijazah ini. Saya adalah bekas pesakit bengkak hati semasa saya berumur 1 tahun setengah. 3 org yg sakit seperti saya ketika itu dan 2 daripadanya telah meninggal dunia masing2 pada umur 7 tahun dan 12 tahun. Alhamdullilah, saya sudah sihat sepenuhnya dari sakit tersebut. Utk makluman semua, waktu saya sakit bengkak hati, saya pernah mengalami demam tarik. Setiap hari Selasa & Sabtu, saya akan pengsan selepas azan Subuh dan waktu itu berat badan saya less than 25kg. Menurut doktor ketika itu, saya sudah cukup bertuah jika dpt mengira dan menulis tetapi atas keyakinan dan doa ibu & ayah saya, Alhamdullilah saya bukan sahaja telah berjaya mengira dan menulis tetapi saya bakal dianugerahkan dgn ijazah dlm bidang perakaunan.

Alhamdullilah saya kembali stabil dari penyakit bengkak hati ketika saya berumur 9 tahun. Semasa tingkatan 5, saya telah berjaya mendapat keputusan yg memuaskan hati saya dlm peperiksaan SPM. Saya mendapat 4 tawaran. MMU, UNITEN, Martriks & UITM Ipoh. Saya memilih utk ke MMU dgn mengikut kata hati saya yg memilih tawaran yg pertama saya dapat. Kebetulan, tawaran dari MMU merupakan tawaran pertama yg saya dapat. Malang bg saya apabila saya dikecam kerana keputusan saya utk masuk MMU dan menolak tawaran dari matrikulasi. Saya dituduh golongan marhaen yg tak sedar diri dan saya dituduh tidak mampu membayar kos pembelajaran di MMU waima membeli seluar dalam sekalipun jika masuk MMU. Waktu itu tiada siapa yg tahu perasaan saya kecuali ibu dan ayah saya. Mereka memberi saya semangat walaupun saya dituduh sebegitu dahsyat dek kerana saya memilih ke MMU. Hanya kerana saya, org yg menuduh saya itu mahu menelefon pengarah PTPTN utk mempertikaikan kenapa pelajar foundation MMU layak menerima pinjaman PTPTN. Saya tak amik port walaupun ada pertengkaran antara pihak yg menuduh saya dgn saya. Alhamdullilah, saya dpt menghabiskan pengajian foundation saya di Melaka selama setahun dan meneruskan pengajian di peringkat ijazah di Cyberjaya.

9 June 2008 juga bererti buat saya kerana saya telah dipertemukan dgn org yg pernah bersangka buruk terhadap saya selama ini. Saya professional dgn bersalaman dgn beliau dan sempat berborak dgn suami beliau walaupun perasaan saya ketika itu mahu menjerit dan memberitahu beliau yg saya sudah habis belajar di MMU tanpa minta pertolongan beliau dan membebankan parents saya. Waktu itu juga saya seakan mahu memberitahu saya sudah mampu utk membeli seluar dalam yg mana sebelum ini beliau sangka saya tidak mampu utk membelinya. Saya bersyukur sgt2 ke hadrat Allah atas nikmat ini.

Belasungkawa dan al-Fatihah utk datuk saya, Allahyarham Hj Abd Majid Bin Ashari. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada org yg banyak menolong saya dlm menghabiskan pengajian saya di MMU. Firstly, a million thanks to my parents atas sokongan especially ketika saya menuntut di tahun pertama di MMU Melaka kerana mempertahankan keputusan saya utk masuk ke MMU. Secondly to my bro and sis yg telah banyak menolong saya dari segi material especially masa muler2 saya masuk MMU. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih to my lovely Fiza coz banyak tolong saya dari segi support. To all my group assignment yg selalu berassignment ngan saya like Faezal, Paddy, Foo, Elya & Tnie, thanks sbb selalu tolong saya dlm group assignment especially my bro, Faezal. To Norman Noor, thanks for a great relationship with me. To others like Aizat, Qayyum, Ben and Wan Ivan, thanks for ur friendship. To all my coursemate of accounting students, thanks for ur help and cooperation to me. Hope we will success in our future life. Good luck for our becoming career.



  

Posted at 01:55 am by Faiz Nordin
Ada (9) komen, komen anda?  


Saturday, June 07, 2008
Desakan Agar Pak Lah Berundur

Assalamualaikum.....

2-3 hari ni kebanyakkan masyarakat Malaysia bercerita tentang kenaikan harga minyak sehinggakan mood memeriahkan majlis perkahwinan yg rancak pada minggu ini juga dihiasi dgn ulasan org ramai tentang pengumuman tergesa2 kenaikan harga minyak oleh kerajaan Pak Lah. Hari ni, saya sudah merasai harga baru petrol. Jika sebelum ini saya pergi ke KL sudah cukup RM18 utk petrol saya tetapi hari ni perbelanjaan itu meningkat menjadi RM 25. Itu baru pergi balik sahaja dan belum masuk jika kesesakan lalu lintas di KL. Tentunya kenaikan 78 sen ini mmg betul2 dirasai. Jika saya berada di Singapore atau di Indonesia, saya mungkin mengerti kenapa saya perlu membayar harga petrol yg mahal tetapi saya berada di Malaysia yg masih mempunyai petrol sehingga tahun 2014. Di mana keuntungan Petronas dilaburkan? Itu yg menjadi persoalan saya dan lebih 20 juta rakyat Malaysia yg lain. Ketika pemerintahan Tun M, kenaikan harga minyak masih berada di bawah RM 1.50 tetapi ketika pemerintahan Pak Lah dan kabinet peribadi beliau, harga minyak mencecah RM 2.70. Saya tahu kenaikan harga minyak di pasaran global tetapi saya mahu tahu apa benefit yg rakyat Malaysia dpt dari hasil sumber asli yg dianugerahkan Allah ke atas negara kita. Tun M juga telah membuat anggaran yg Petronas mendapat penambahan keuntungan sebanyak $100 setong daripada jumlah 250000 tong sehari yg dieksport ke negara luar.

Kita tidak boleh hanya membenarkan Petronas sahaja mengendalikan petrol di Malaysia. Kita memerlukan syarikat2 lain seperti Shell dan ExxonMobil utk faedah kita di masa hadapan. Tetapi kerajaan boleh menstruktur strategi daripada tindakan ini utk kebaikan rakyat. Kerajaan sepatutnya boleh setidak2nya mengekalkan harga minyak pada paras RM1.92. Mengikut kata Tun M yg juga Penasihat Petronas melalui blog beliau, Petronas menjual 650000 tong sehari. 400000 tong dijual kepada pasaran tempatan manakala selebihnya dieksport. Tun M mengandaikan kos pengeluaran satu tong ialah $30 atau jika ditukar ke RM menjadi RM96. 1 tong mempunyai 117 liter petrol. Jadi, jika kerajaan sekurang2nya mengekalkan harga minyak pada paras RM1.92, kerajaan boleh mendapat keuntungan melalui jualan Petronas di dalam negara sebanyak RM128 setong. Petronas masih lagi mendapatkan keuntungan walaupun dijual di pasaran Malaysia dgn harga RM1.92.

Untuk jualan petrol bagi syarikat2 lain seperti Shell, ExxonMobil, BP & Caltex, kerajaan boleh menimbal balik harga $130 setong yg dijual oleh syarikat2 ini kepada pasaran tempatan dgn keuntungan Petronas melalui aktiviti mengeksport. 250000 tong sehari yg dieksport mempunyai untung bersih $100 setong iaitu RM320 setong. Jika mengikut kadar tukaran & harga petrol semasa, Petronas boleh mencapai keuntungan RM29 billion (RM320 X 365 X 250000). Hampir 50 peratus jualan petrol di Malaysia adalah melalui Petronas dan saya rasa RM29 billion setahun lebih dari cukup untuk menampung subsidi pembelian petrol daripada syarikat2 selain Petronas.

Jika kerajaan memberikan alasan subsidi petrol dimanipulasikan oleh rakyat negara jiran, kerajaan sepatutnya meneruskan undang2 yg melarang kenderaan asing daripada membeli petrol dlm radius 30km dari sempadan Malaysia. Ini boleh mengelak dari aktiviti penyeludupan petrol dan diesel. Undang2 sahaja tidak cukup tetapi ia perlu dikuatkuasakan bukan sahaja oleh pegawai Kementerian Hal Ehwal Pengguna tetapi ia boleh dilakukan juga oleh Polis atau pegawai PBT. Lagipun stesyen2 minyak dlm radius 30km tidaklah sebanyak mana dan perlaksaan ini adalah tidak mustahil.

Kerajaan sepatutnya bertindak bijak dlm isu ini. Kenapa saya sering menyalahkan Pak Lah dlm isu2 seperti ini? Pak Lah adalah org terakhir yg ada hak utk membuat keputusan atau mengubah keputusan dlm isu2 sebegini. Jika Dato Shahrir atau menteri2 kabinet lain memberikan pandangan, keputusan terakhir adalah dari Pak Lah sendiri. Pak Lah berhak menerima atau menolak cadangan itu. Jika Pak Lah yg membuat keputusan dlm isu sebegini, menteri2 kabinet yg lain terutamanya menteri berkaitan hanya perlu bersetuju walaupun ada isu yg boleh diargue. Tu sbb saya menyalahkan 100% dlm isu kenaikan minyak ini kepada Pak Lah. Bak kata Dato Mukhriz melalui Astro Awani, Pak Lah telah melakukan keputusan yg tidak bijak. Bagi saya pula, bukan sahaja tindakan ini tidak bijak tetapi ia bakal mengheret BN & UMNO ke arah kehancuran. Kepada Pak Lah, saya menyeru pada sekian kalinya utk beliau meletakkan jawatan demi negara, bangsa dan parti beliau sendiri.

Ada beberapa saranan yg boleh dilakukan oleh MP BN sendiri utk mendesak Pak Lah mengundurkan jawatan. Saranan yg paling sesuai ketika ini adalah utk membuat usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah di Parlimen. Pandangan saya org yg paling sesuai utk membuat undi tidak percaya ini ialah Ketua WHIP pihak pembangkang, YB Azmin Ali. Saya yakin kesemua MP pembangkang akan menyokong usul undi tidak percaya ini. Waktu inilah, saya sarankan 30 MP BN menyokong usul ini utk mendapatkan majoriti dan memaksa Pak Lah meninggalkan kerusi PM beliau. Selepas itu ada 2 kemungkinan sama ada PM baru dilantik tanpa election ataupun jika terdesak, satu pilihanraya mengejut boleh dilakukan. Kepada MP di Dewan Rakyat terutamanya 30 MP BN yg perlu menyokong usul undi tidak percaya ini, saya dan jutaan rakyat Malaysia menyeru utk melakukan saranan ini demi rakyat tercinta. Saya mungkin tidak bercakap mengenai saranan ini jika tiada tindakan alternatif yg boleh dilakukan dlm isu kenaikan harga minyak ini.

Saya juga ingin mengubah minda anda agar tidak sesekali menyalahkan sesebuah parti jika pemimpin dlm parti tersebut melakukan kesilapan. Peranan pemimpin dan perjuangan sesebuah parti adalah berbeza. Contohnya, biler keputusan utk menaikkan harga minyak dilakukan oleh Pak Lah merangkap Presiden UMNO, parti UMNO dan BN terus dilutu dgn kesalahan sedangkan selama ini Malaysia telah berpaut pd UMNO & BN. Tu sbb saya menyarankan agar Pak Lah meletak jawatan agar UMNO & BN masih boleh bernyawa.

Wassalam

Posted at 09:28 pm by Faiz Nordin
Ada (11) komen, komen anda?  




Next Page
PROFILE



KLIK MY SPONSORS:










For more details:
Campaign Creator



ABOUT ME:

Penulis merupakan Mohamad Faiz Bin Nordin. Berasal dari Banting, Selangor dan masih menuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Perakaunan. Mempunyai 3 org adik beradik dan hanya penulis sahaja yg belum mendirikan rumah tangga. Pilihan hati penulis sudah dijumpai yg juga merupakan penuntut di Universiti Multimedia dalam jurusan Kejuruteraan. Utk makluman semua, penulis akan menulis segala aspek dalam kehidupan dan juga berdasarkan kepada pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis amat meminati aktiviti melancong. Jika ada sebarang masalah dan keraguan mengenai sebarang isu yg berkaitan dgn blog ini, sila hubungi penulis:


FAIZ @ FRIENDSTER
YM ID : pakcik9803
EMAIL : faiznordin85@yahoo.com





MY FOTOPAGES



MY FAVOURITE TV STATION:








MY FAVOURITE RADIO:








TAG BOARD




CALENDAR


<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


LINKS




~[[My Self Story]]~

[[Kursus Induksi TM]]
[[Saya juga bermuzakarah dengan PAS]]
[[My Graduation Day]]
[[Sampah Blog]]
[[090608 - Tarikh yg Diingati]]
[[Thanks MH & Associates]]
[[Aku Bukan Serangga]]
[[2 Jam Di Ambang Maut]]
[[Khas utk Nurhafizah Hamzah]]
[[Ucapan terima kasih]]
[[Selamat Tinggal Mc Egg]]
[[Menulis Bukan Kerna Nama]]
[[Demi Masa]]
[[Semangat Akhir Beraya]]
[[Kenangan Menulis Cerpen]]
[[Annivessary Blog Ketiga]]
[[Kenangan di Bulan Ramadhan]]
[[Jodoh Ketentuan Tuhan]]
[[Hanya Sebungkus Nasi Goreng]]
[[Happy Birthday My Baby]]
[[Sambutan Tahun Baru 2006]]
[[Makna Sebuah Persahabatan]]
[[Ke Hospital Gara2 Cotton Buds]]
[[Bertekak Ngan Lawyer]]
[[Sangap AF Kat Kuantan]]


~[[Hiburan]]~

[[Republik - Hanya Ingin Kau Tahu]]
[[Bob AF2 - Cinta Terhalang]]
[[Nubhan - Aku Ada Untukmu]]
[[10 Tanda Angau]]
[[Ulasan Filem Congkak]]
[[Akhil Hayy]]
[[Siti Nurhaliza - Hadiah Dari Hati]]
[[Separuh Akhir AJL 2007]]
[[Aizat AF5 - Sahabat]]
[[Semangat Lagu Raya]]
[[Isu Lagu Indonesia Lagi]]
[[Sajak Sakaratul Maut]]
[[Anuar Zain - Lelaki Ini]]
[[Tahniah juara IKON Asean]]
[[Adakah Strategi Era Berkesan?]]
[[Fabulous Catz - Rimas]]
[[Ulasan Album Samsons - Penantian Hidup]]
[[Konsert AF5 yg busok]]
[[Kan dah jd sensasi]]
[[Kaer - Izinkan Ku Pergi]]
[[Bahana Lagi Utk Mawi]]
[[Debaran Akhir OIAM]]
[[Filem My Heart]]
[[Siti Nurhaliza & Dato' K]]
[[Velvet - Kini Detiknya]]
[[Muzik Malaysia Vs Indonesia]]
[[Mawi Putus Tunang]]
[[Siti Nurhaliza - Transkripsi]]
[[Teruk Sgt Ker Sepet & Gubra?]]
[[Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia]]
[[Album BOB -Hantaran Hati]]
[[Hot Fm VS Era Fm]]
[[Perpecahan Mawi FC]]
[[Rancangan Realiti Tv]]
[[Antara AF & UMNO]]
[[Antara Digi & Maxis]]
[[AF Or MI???]]
[[Konsert AF Tour 2005]]


~[[Isu Semasa]]~

[[Anwar, plzz stop the drama!]]
[[Muzakarah UMNO - PAS]]
[[Protes lebih teruk dari Jom Heboh]]
[[Minta Rakyat Malaysia Bertenang]]
[[Konspirasi @ Realiti]]
[[Politik Malaysia yg Bergelora]]
[[Desakan Agar Paklah Berundur]]
[[Minyak Naik Lagi]]
[[Tun Mahathir keluar UMNO]]
[[Siaran Langsung Sidang Parlimen]]
[[Isu Babi di Kuala Langat]]
[[Hati Ahli UMNO tiada siapa yg tahu]]
[[Biler Pak Lah Nak Paham Bahasa?]]
[[Kabinet Baru Separa Reformasi]]
[[Adakah BN masih relevan?]]
[[Keputusan PRU 12 Yg Mengejutkan]]
[[Kemelut Politik Thailand & Pakistan]]
[[Perkembangan Terkini Jai Network]]
[[Perhimpunan HINDRAF yg memalukan]]
[[Perhimpunan Bersih & Indian Assembly]]
[[DJ Tersasul Tak Masuk Akal]]
[[Alfatihah Utk Adik Nurin]]
[[Perjuangan parti bukan perjuangan individu]]
[[Cadangan Menutup Stesen Minyak Pd Waktu Malam]]
[[Telenovela Altantuya]]
[[Saranan MTUC Mengenai Gaji Minima]]
[[Keputusan Kes Lina Joy]]
[[Bukan Senang Nak Jd Senang]]
[[Terowong Smart, Berkesan?]]
[[Tak daftar undi]]
[[Fitnah Terhadap Dr Asri]]
[[Merakam Tangkapan Khalwat]]
[[Harapkan Pagar tak boleh harap]]
[[Sperma Lelaki Merosot?]]
[[Kemalangan Masih Tnggi]]
[[Hukuman bunuh Saddam Hussien]]
[[Apabila Dr Asri bersuara]]
[[Isu Kenaikan Tol]]
[[Serbu Utk Aibkan Org Lain]]
[[Perhimpunan Agong UMNO 2006]]
[[Pertemuan Tun M & Pak Lah]]
[[Murtad Sbb Cinta?]]
[[Pelarasan Undang2 Khalwat]]
[[Rampasan Kuasa & Semangat Islam Di Thailand]]
[[Kasih Dinilai Dgn Hantaran?]]
[[Kes Lina Joy & Kesannya]]
[[Politik & Bahasa Nadi Bangsa]]
[[Kebebasan blog & seksinya Konsert Pussycat Dolls]]
[[Isu Israel & Lehahnya Kuasa Negara Islam]]
[[Hiburan Lagi Penting Dr Segala2nya???]]
[[Perang Malaysia Bermula]]
[[Budaya Bomoh Dlm Masyarakat Melayu]]
[[Dr M Vs Pak Lah]]
[[Sikap Tak Amik Tahu]]
[[Krisis Mentaliti Parlimen Malaysia]]
[[Perniagaan MLM]]
[[Valentines Day]]
[[Apabila Kepincangan Keluarga Berlaku]]
[[Memperingati Mangsa Tsunami]]
[[Cinta Beralih Arah]]
[[Konflik Lagu Negaraku]]
[[Budget 2006]]
[[Pelaburan Internet]]
[[Pemikiran Jumut Org Melayu]]


~[[Travel]]~

[[Buffet Ramadhan 2008]]
[[Restoran Sari Ratu]]
[[Port View Kota Kinabalu]]
[[
Restoran Orkid Thai]]
[[Buffet Ramadhan 2007]]
[[South Seafood]]
[[Awana Kijal]]
[[Kelapa Bakar]]
[[Sun & Surf Cafe]]
[[Pulau Tioman]]
[[Muara Ikan Bakar Tg Harapan]]
[[Vacation to Kota Kinabalu]]
[[Eyes On Malaysia]]
[[Perangkap Had Laju]]
[[Buffet Ramadhan 2006 @ 1427 H]]
[[Nasi Ambang]]
[[Laksa Shack]]
[[Aquaria KLCC]]
[[Rahsia Bistro]]
[[Kuching]]
[[Buffet Ramadhan 1426 H]]
[[Damai Laut]]
[[Toilet Paling Mahal]]
[[Trip To Kelantan]]
[[London]]
[[Jalan2 Carik Makan (II)]]
[[Jalan2 Carik Makan (I)]]
[[Kek Batik Sarawak]]
[[Langkawi]]


~[[Ekslusif]]~

[[Norman Noor @ Lime]]
[[Video Klip Norman Noor]]
[[Perkembangan Norman Noor]]
[[Temubual Pakcik MMA dgn Budiey]]
[[Malam Norman Noor & Bob AF]]
[[Norman Noor Bitrhday]]
[[Norman Noor di UITM & Tritun]]
[[Norman Noor @ MMU Convocation Dinner 2006]]
[[Norman Noor @ FCM Nite]]
[[Norman Noor @ UNITE]]
[[Diinterview Bersama SM]]
[[Interview Bob AF2]]
[[Memperkenalkan Norman Noor]]


~[[Rakan Blog]]~

[[Sultan Muzaffar]]
[[Fiebie]]
[[Kak Waiem]]
[[Sensasi Selebriti]]
[[Ajami]]
[[Kak Toby]]
[[Maman]]
[[Judd Lair]]
[[ajeem]]
[[Athul]]
[[Abg Bad]]
[[Zimie]]
[[Kak Aidid]]
[[Yasmin Ahmad]]
[[Afdlin Shauki]]
[[Elna]]
[[Shaynina]]
[[Zamil MI]]
[[Raja Pelaut]]
[[Leo Sabri]]
[[Arezeo]]
[[Wenkt]]
[[Resipi Kahwin]]
[[Kelantan Travel]]
[[Jubiez]]
[[Yonna]]
[[Ajeep]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Juandanza]]
[[Klubbkidd]]
[[Budiey]
[[Azuna]]
[[Djemy Jenab]]
[[Kak Munirah]]
[[Saff One]]
[[Matjan]]
[[Dato' Kay]]
[[Ben]]
[[Alpha]]
[[Mr Manager]]
[[Fysal]]
[[Kadir Jasin]]
[[Leo Fantasia]]
[[Faidhi]]
[[Dr Mahathir]]
[[Dr Khir Toyo]]
[[Akma Nurain]]
[[Aznil Nawawi]]
[[Wanny]]
[[Azra]]
[[Najib Zuhdi]]
[[Sizuka]]
[[Dayat]]


~[[Fotopages]]~

[[My Fotopages]]
[[Fiza @ My Baby]]
[[Qayyum]]
[[Kak Waiem]]
[[Aizat]]


~[[My Download]]~

[[Muat Turun - Kerepek]]
[[Jiwang]]
[[Jiwang Torrent]]


~[[My Favourite Links]]~

[[Friendster]]
[[My Space]]
[[Hi 5]]
[[MMU]]
[[Malaysia TV]]
[[Virtualfriends]]


~[[My Favourite Newspaper]]~

[[Berita Harian]]
[[The Star]]
[[Utusan]]
[[Harian Metro]]
[[Malaysiakini]]
[[Mstar]]


~[[My Online Banking]]~












Jenguk blog ni




Anda Penjenguk Yang Ke:
Free Web Counter

(Sejak 25 Januari 2006)



The Advertising Network





CONTACT


Contact Me
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


CREDITS



Rainbow

rss feed
advanced web statistics